5 KELEBIHAN SEKIRANYA ANDA SINGLE

Salam,

Hari ni tak berapa nak mood tulis-tulis, sebab ada dua makhluk tuhan paling kacak depan mata..~ tengah buat sarkas!


Tak kenal?

Add lah!

Tamo?

OK! Fine~

Jom baca yg ni sekejap...!

Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya kite memilih kehidupan untuk single. Aku tekankan sekali lagi, SINGLE ye... Apa kelebihan dengan kehidupan mereka nih sebenarnya????

(1) KEWANGAN- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana kita hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri kita sahaja. Apabila kita memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) KAWAN- Apabila kita single, sebenarnya kita bebas dalam perhubungan. Ini kerana tiada mana-mana hati yang akan cemburu sekiranya kita berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya kita sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan kita akan sedikit terbatas.
(3) KEBEBASAN - Bebas untuk melakukan apa yang kita mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang kita ingin lakukan. Untuk memudahkan kita melakukan apa sahaja yang kita mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana kita tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang kita inginkan.
(4) TIDAK BANYAK MASALAH- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan kita. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana kita hanya perlu memikirkan mengenai diri kita sahaja. (bunyi mcm pentingkan diri je)
(5) KURANG TANGGUNGJAWAB- Apabila kita sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab kita juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya kita adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan kita, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.



Sekiranya kita merasakan banyak lagi impian yang kita ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri kita. 

Jadi,
Mana yang korang pilih? 

Single ni juga ada kekurangannya . . . tu nanti lain kita cerita pulak yep..~ 

Aku? 
Ahaha... NO COMMENT! *gaya fasha*

Comments

  1. ngeee~~ tapi sampai bila nak single dear..haha

    ReplyDelete
  2. MiSz fiFiEyQa;
    almost single..

    cik azizah;
    hihi..sampai ketemu idaman hati.....

    ReplyDelete
  3. ahahaha~~
    mmg la kot..
    tp stil, ada pro n kontra..

    ReplyDelete
  4. hehehe..dapat lak kwn 1 kepala..ohh..alangkah syoknyerrrr...

    ReplyDelete
  5. single but not available pun ok jugak hehehehe

    ReplyDelete
  6. single but not available pon ok gak tu...heheh...

    snng tp susah,erk!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts