expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 5, 2011

Hey, Raya lah..!! Part 2

Salam,

Ok, aku publish lagi entry ... Ahaaa ...Nampak sangat aku tak de kerja harini kan kan kan? 


 Bukan apa.. Takut nanti dah tak feel raya, mood pun dah tak ada nak buat entry raya kan.. Lagi pun harini Big Boss lom masuk opis lagi. . Apa lagi, 9 - 5 la membelog ... Baca blog orang, comment kat blog orang, follow blog orang... Sendat otak aku rasa. 


Gambar semua masa 1 Syawal aritu. Ini lah sepupu-sepupu aku yang membesar dari kecik sampai la ni. 


Ok, family aku tak le seramai family Hj. Karim rumah biru ujung kampung aku tu, tak juga sikit macam family si Ah Chai kedai jahit kat pekan tu... Sedang-sedang aje. Tapi meriah.! Sebab? Tahun ni mereka semua berkumpul dekat kampung Mantin. <kampung belah mak aku ye> Tahun ni punya raya aku tak le melabur banyak sangat, sebab diorang dah besar kebanyakannya. Mana tak, yang paling kecik pun dia ni je sorang ...

Danial
Abaikan muka aku disitu ...

Marissa
Tak pun yang ada cuma si comel ini. 

Ayu
Atau dia nih..! 
3 orang aje.. Ngehehehe~ <muka bahagia>

Nak di bandingkan dengan family belah ayah aku, ahhhhhh....aku dah di anggap sebagai mak cik muda kalau ikut sejarah. Anak buah aku sendiri pun dah kawin. Tahun depan, insyaallah di izinkan tuhan, aku akan menerima cucu buah pertama... My God.! Ada ke cucu buah?

2 comments: