expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 6, 2011

Kau dan Chermin Mata !

Salam,

Ini adalah entry berkurun yang menunggu mau di publish.. yang akhirnya keluar juga...~
Bermakna aku sangat busy, okey.!! Sangat...~

Beberapa minggu yang lepas...

Aku. Berhari raya dari rumah ke rumah kawan2 sekolah ... Kemudian, aku & mereka, berhari raya ke W.Walk. Niat hati nak rembat satu kasut untuk konvo nanti tak juga kesampaian, bila size yang ada hanyalah kurang 1/2' dari saiz sebenar kaki si debab ini.~ <saiz-mengikut-diameter-lebar>

Dan, apa kena mengena dengan tajuk itu?
Aha...entah! 
Sebenarnya, dekat w.walk  tu aku singgah dekat satu kedai spek dan cuba la satu-persatu sambil snap pic..! <bajet comel>

Sesuai-tak-sesuai-tak.... Hmm .... Korang pernah terfikir tak, time nak beli spek (tak kisah la spek biasa or sunglasses ke) Ianya sesuai or tak dengan bentuk muka korang? So, lets-chek-it-out kat sini... Apakah bentuk muka kita  tu sesuai dengan spek yang nak kita beli tu, macam aku ... Jom!!

Bujur – Tulang pipi yang tinggi dan dagu yang sempit berbanding dahi yang lebih lebar. Kebanyakan rangka bingkai kaca mata hitam sesuai dengan bentuk muka ini.
Segi empat – Tulang pipi dan dagu yang luas serta bersudut empat. Rahang mulut juga nampak lebar. Bentuk muka ini digalakkan memakai kaca mata hitam yang tidak besar.
Bulat – Untuk mengurangkan wajah yang kelihatan bulat, pilih rangka bingkai kaca mata hitam yang bersudut atau lurus.
Berlian – Dahi yang kecil, bahagian tengah muka besar dan dagu yang sempit. Tulang pipi juga tinggi. Rangka bingkai kaca mata hitam perlu menyerlahkan mata yang besar dengan melebarkan dahi dan rahang mulut. Bentuk rangka kaca mata hitam yang bersudut, bujur, tanpa bingkai dan lurus di bahagian atas tetapi lekuk di bahagian bawah adalah amat sesuai. Empat segi panjang – Ukuran kelebaran bentuk muka ini nampak sama di bahagian dahi, pipi dan rahang mulut. Seseorang itu perlu memilih jenis rangka bingkai yang memendekkan wajah dan lebar supaya nampak seimbang. Rangka bingkai yang bulat dan bersudut amat sesuai dipadankan untuk melembutkan wajah.
Segitiga – Bentuk muka ini adalah yang terbaik bagi semua jenis rangka bingkai kaca mata hitam. Rangka bingkai jenis up swept cat eye adalah yang paling tepat untuk menimbulkan unsur keseimbangan.
Segitiga terbalik – Dahi yang lebar tetapi bentuk mulut dan dagu yang kecil. Pilih kaca mata hitam yang sama lebar dengan kelebaran dahi. Rangka yang tidak berbingkai juga sesuai. Bentuk rangka yang bulat dan bersudut adalah yang terbaik.



Bla..bla..bla..finally, tak beli pon... Sebab aku kentalkan hati mau rembat kasot konvo juga nanti ...muekekekek~ Jom, entry seterusnya....~,~

No comments:

Post a Comment