Monday, May 21, 2012

From KK With Love (Final Chapter)

Gila punya lama entry final ni nak keluar. Sebenarnya aku sendiri dah terlupa yang satu entry ni dah pun siap. Tinggal nak publish je. Lama sangat terus terlupa. So, jom finalize cerita Sabah...

* * * * * * * * * * 

Malam balik dari Kundasang, kami makan sambil berjalan-jalan kat bazar. Sungguh tak sopan kan?


Malam last kat KK, aku bersopping barangan yang dikirim kawan-kawan ofis. Dekat bazar yang macam ala-ala uptown tu, kami borong kerongsang mutiara, gelang mutiara.. Kalo dah dekat Sabah, mustahil la balik dengan tangan kosong kan? Pasti ada bekalan mutiara dari Sabah. 
Tak lupa, aku rembat selai baju t-shirt Sabah. Limited~

Sekitar pasar Filipine
 18 Mac 2012 - Pagi lagi kami orang dah bangun. Gigih nak pegi pasar yang orang duk panggil Pasar Filipine tuh. Ehh, betul ke ejaan aku tu? 

Pasar FIlipine ni betul-betul dekat dengan pantai. Ikan, ketam, sotong, udang semua fresh-fresh korang boleh dapatkan kat sini. Barangan kering pon ada. Macam kuih cincin (yang memang famessss kat Sabah), udang kering, sotong kering, ikan bilis, macam-macam. 

Ok, yang paling best makanan kering kat sini aku rasa udang kering dia. Udang kering ni dari Sandakan katanya yang best. Tak masin sangat dan rasa dia manis. Hmmm~
Nak adjust rege le nih...


Ini Gamat. Pernah makan sup gamat? Erkk...
Ni Leeza...

Dia tengah adjust rege ngn abang kedai tu. Last, dapat juga harga yang dia nak. Abang.... Semoga ko mendapat jualan yang berlipat kali ganda hari demi hari. Huhuhuh~

Tambah, tolak, campur, bahagi....

Aku dah habiskan duit hasil titik peluh aku sebanyak RM400 lebih kurang dari awal aku datang sampai lah hari terakhir aku dekat Sabah ni.



Gamat ...

Korang pernah rasa sup gamat?? Haa...pasal sup gamat ni, cerita lain. Nanti aku cerita dalam journey aku ke Langkawi. Ekk?? Tu pon kalo korang sudi lepak kat blog aku ni lagi la kan?? Hee~








Setel beli belah kat pasar basah, juga pasar kering... Kami orang amik kesempatan bersarapan kat tepi pantai. Sesambil tengok bot-bot nelayan yang lalu. Dekat pasar basah, sempat yanti sambar ketam sekilo dua tuk mak dia. Yeah...!!!

Untuk mak aku, aku beli udang kering, sotong kering dan ikan masin. Mahal gak wooo..!! Ahh...asal mak aku puas hati.. Sudah!

Dataran, sebelah dengan pasar filipine...
Sempat kitorang rest dan bersarapan pagi kat situ...

Mau balik dah.!

Selamat tinggal negeri di bawah bayu... Nantikan kehadiran aku di negeri kelahiran Mahsuri dan Bumi Kenyalang pulak k..!!

2 comments:

  1. jom, kita bli tiket sama2.... ke kita holiday blogger aje...muehehehe~

    ReplyDelete