Rainforest World Music Festival, Sarawak
Aku ingat lagi 2 tahun lepas... Prepare nak ke Sarawak untuk saksikan Rainforest World Music Festival..
Hasrat dihati tak tercapai apabila tiket murah yang aku beli rupa-rupanya tersalah jadual perjalanan. Penerbangan yang sepatutnya dari KL ke Sarawak, rupanya adalah penerbangan dari Sarawak ke KL.. Ape ke hal nya?? Nak tengok Zoo Negara ke wak?

Vacation kali ni betul-betul buat aku teruja sebab, rasanya ni la pertama kali kami orang ber holiday sama selama 3 tahun tidur sebantal..kan...
Dan, aku juga dapat rasa mungkin ni adalah vacation terakhir aku dengan Kak Nor.
Hari pertama di Kota Samarahan, aku sibuk dengan persiapan majlis kenduri kesyukuran untuk menyambut bulan Ramadhan. Majlis Kesyukuran di sini agak berbeza sikit dengan di Semenanjung. Di sini majlis doa selamat diadakan dirumah siap sekali solat magrib dan isya bersama. kalau di Semenanjung kita akan menjemput orang masjid sama ada selepas zuhur atau selepas isya...kan? Ke semua tempat juga sama? Hmmm....
Keesokan harinya aktiviti kami pun bermula... Rainforest here I come!
Keesokan harinya aktiviti kami pun bermula... Rainforest here I come!
Perjalanan nak ke rainforest petang tu dalam keadaan hujan... Aku, kema & kak nor tetap gagahkan juga. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai masyam ketiak katanya.
Jadinya, oN the way nak kesana, kami singgah di kedai berhampiran tuk beli baju hujan. Sebagai persiapan awal... Sesampainya dkt sana, hujan pon berhenti... Hadui! Punya lah bersungguh aku, kema & kak nor pilih baju hujan bukan main..!
Menjelang senja nak ke malam, orang ramai semakin membanjiri kawasan tapak rainforest tu. Lelaki perempuan cina india melayu...tak kira bangsa. ( actually waktu ni aku mula rasa kurang selesa ) rupanya begini keadaan yang dikatakan Rainforest World Music Festival...

Actually program yang dijalankan ni bertujuan memperkenalkan muzik tempatan ke antarabangsa. Kebanyakan yang participate ni adalah pemuzik dari luar negara yang cuba mengetengahkan irama muzik diorang. Persembahan mereka ni diselang seli dengan persembahan dari rakyat tempatan juga.
Aku tak dapat nak snap banyak gambar dan persembahan sebab keadaan yang lecah, baru lepas hujan.
(cont...)

ini ke festival yg ada dalam novel hlovate contengan jalanan..?
ReplyDeletexpernh ke srwk lg..huhu
ReplyDeletemeriahnya.,..
ReplyDelete