expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 15, 2014

PTPTN : Patut ke tak patut mohon pinjaman?

Bila aku mula belajar sambil bekerja, macam-macam yang dah mula kena cut-off. Kalau dulu, setiap bulan paling tak, ada lah satu, dua benda yang boleh aku beli atau paling tak pun topup mana-mana barang  yang dah kehabisan di rumah.

Tapi, bila dah bergelar pelajar partime semuanya kena sacrifice. Ada waktunya, walau dah cut-off perbelanjaan yang melalaikan pun masih lagi tak cukup. Mungkin kerana Gaji yang agak kecil.(?) Sedangkan taraf hidup di bandaraya ni amatlah tinggi.(?) Mustahil segalanya under control. Inilah yang dikatakan miskin bandar agaknya. Sedangkan yang tak sambung belajar tu pon paras-paras hidung katanya. Inikan pula aku (?)

Bukan sebab taraf keborosan yang tinggi menyebabkan perbelanjaan tak mencukupi. (Rujuk perenggan ke-2, baris ke-2) Tapi desakan hidup. Ada ke manusia di Kuala Lumpur ni yang hidup tak bermodalkan wang ringgit? Cakap kat aku celah mana duduknya?  Nak juga aku berguru. 

Dulu.... Waktu mula aku yakinkan diri untuk terus menuntut ilmu, sangkaan aku segalanya dibawah kawalan. Tak perlu rasanya untuk aku buat pinjaman pelajaran. Tapi bila kaki ni berdiri tegak di dalam timbunan masalah kewangan, hati aku berbelah bahagi... 

Ahh...patut ke aku teruskan juga ? Dengan simpanan yang menipis..? Atau, bergantung harap pada pinjaman bantuan pelajaran tu? PTPTN, kejam sangatkah kau?

10 comments:

  1. bab ptptn ni bg yui.

    if dlu yui beringt, ada smpann sikit dari pnjmn, msti tak terasa sukar skg. sbb slg byr balik bru kt tau cmne kesannya..huhu

    eh apa yui luah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yui..... kejam ke PTPTN ni ha? Apa kesannye sekarang yui? Pinjaman berlipat kali ganda? Katanya dah di laksanakan pembayaran secara ujarah 1% tu?

      Delete
  2. sambung space ek? kalau MARA or KPM takde offer pinjaman ke?
    sy selain gusar dgn kemampuan poket, waktu kerja yg xmenentu jgk jd punca sy back off smbung...belom masanya kot. tapi kalau dah start..kena harung jugakla.....semoga urusannya dimudahkan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Space. Yup...

      MARA dan KPM ni dia akan tapis dulu permohonan. Dan sy rasa lebih ramai lagi yang berkelayakan untuk dapat pinjaman MARA dan KPM ni selain sy... huhu... sebab......


      Saya bukan bijak sangat...... teheeee......... larikkkkkkkkkkkkkk!!!

      Delete
  3. maaf shafiq menyampuk kat sini , tapi betul kata Mis Yui memang kurang beban kalau kita boleh simpan duit poket yang kita dapat dari ptptn setiap sem tu , buat info Cik Muda , contohnya jika kita buat loan pt sebanyak 20 ribu , nanti kita perlu bayar 22 ribu camtu kalau ikut sistem ujrah 1% tu la :) saya sendiri masih buat diploma,tak kena bayar balik lagi pt :l
    but seriously,bila ada ptptn,kita da tak risau duit exam,duit yuran tiap sem tiap subjek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, terima kasih ye tuk maklumat nih... so bermakna pembayaran pinjaman ni dalam tempoh sepuluh tahun la ye... tapi kalo bayar lebih, akan kurang la interest dia tu . ye tak?

      Delete
  4. kalau selagi mampu,tak perlu kot nak pinjam ptptn..kata orang bersusah dahulu bersenang kemudian..sekang byr ptptn pun tak terasa pun berkurang kena bayar balik..tu baru bunga je yang kena byr..yg pinjam tu tak terbayar lagi..adeshh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm....

      itu lah dia tu... Selagi mampu akan sy teruskan juga.. Cumanya sekarang ni betul2 terasa kesempitannya.. huhu~ Tak pasti sampai mana boleh bertahan. kekeke~

      Delete
  5. selagi boileh jangan berhutang... aku dah nyesal dah ni...

    ReplyDelete
  6. hutang nih mkn lama mkn byk!!!nk li umh, kete...so klo blh pki duit simpanan lg bgsla...tp aku xde duit simpanan so berthutangla ngn PTPN...adeiii bile tah nk abes bayo...

    ReplyDelete