Kempen Sayangi Dan Selamatkan Penyu


IKLAN iklan IKLAN

(ENTRY BARU SCROLL BAWAH)


***Acara yang akan berlangsung di Dewan Orkid, Perpustakaan Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 ini adalah anjuran Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran dengan kerjasama UTMSpace


Antara kategori yang dipertandingkan ....


A. Pertandingan mewarna (4 tahun - 6 tahun )
B. Pertandingan mewarna (7 tahun - 12 tahun )
C. Pertandingan melukis dan mewarna (13 tahun - 17 tahun )
D. Pertandingan melukis dan mewarna (18 tahun ke atas )
E. Pertandingan video pendek (13 tahun ke atas )

 

*persembahan oleh pelajar sekolah jemputan ( jika ada )
*The return band
*Permainan oleh WWF
*Karaoke
*Cabutan bertuah


Terma dan syarat pertandingan :
 

  1. Terbuka kepada semua warga Malaysia;
  2. Peralatan melukis dan crayon disediakan;
  3. Setiap peserta akan disediakan satu gambar penyu dan dikehendaki mewarnakan gambar tersebut (Kategori A dan B)
  4. Setiap peserta akan disediakan satu gambar penyu dan anda perlu melengkapkan latar belakang gambar tersebut menggunakan kreativiti sendiri ( 13 tahun ke atas).




TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN (VIDEO PENDEK)


  1. Konsep video adalah bebas sama ada iklan, tv komersial, sketsa, animasi, dokumentari atau drama. Bertemakan “Sayangi dan Selamatkan Penyu”.
  2. Durasi bagi filem/video dokumentari tersebut ialah 3 hingga 5 minit definisinya serta paparan boleh dilihat dan difahami dengan jelas. 
  3. Paparan yang dihasilkan adalah asli ( original )


TAKLIMAT PERTANDINGAN AKAN DIBERI SEMASA HARI PERTANDINGAN !!!

Jadi, bagi mengisi masa yang terluang di waktu musim cuti sekolah ini, ayuh adik-adik kita bersama-sama memeriahkan event ni. 

Sekiranya adik-adik atau anak anda berminat untuk mendaftarkan penyertaan awal, dialu-alukan meninggalkan nama adik-adik/nama anak anda dan kategori pertandingan yang ingin disertai, beserta no telefon bagi memudahkan kami untuk menghubungi. 

Penyertaan awal boleh di hantar ke email : akaiko.sae@gmail.com

Weeewitttt..... hadiah menarik menanti adik-adik yang menjuarai setiap pertandingan...!!!

JOM MERIAHKAN SUASANA...



***pssstt.....Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan goodies bag. Makanan juga disediakan pada yang mendaftar.

Comments

Post a Comment

Popular Posts