Friday, May 3, 2013

Masih bernafas

Aku Bukan Hilang....
Cuma mencari kedamaian.

* * * * * * * *

Semenjak dua ni fikiran memang serabut. Serabut dengan bermacam-macam hal. Sampaikan aku rasa nak bercakap pun malas. Inikan nak berfikir. Ahh...fikir punya fikir, banyaknya perbezaan antara aku yang dulu dan aku yang sekarang. Antaranya...

Aku yang dulu selalu ada masa untuk menjengah blog, bersantai di blog orang, berbalas komen dari sahabat, tinggalkan pesanan dalam inbox teman. Tapi aku yang sekarang masanya sangat terhad. Sampaikan untuk menekan ikon google
pun rasanya langsung tak diberi peluang.Macam mana tu? 

Bila keadaan totally berubah, mula lah rindu pada saat-saat dulu kan? Huhu... Itu la waktu dulu tak pernah pulak nak hargai masa yang terluang tu...

Ahh...

Waktu untuk beriadah seperti selalu, tiap petang pun dah kurang. Ini semua disebabkan penangan MASA.!

Tolong aku...

5 comments: