Monday, May 13, 2013

Bayang-bayang adalah cermin diri

Satu perkara. Yang sensitif.

Ia berkenaan agamaku. Soal keimanan. Soal ketakwaan. Soal berapa tinggi tahap keimanan aku pada Yang Maha Esa, hanya Dia saja yang dapat mengukurnya... Aku sedar, dan aku tau aku sendiri tak semenggah sifatnya. Sering lalai, sering leka dengan hal keduniaan. Aku cuba bertanya pada diri, bila setiap kali lidah menuturkan kata-kata yang berkaitan dengan iman dan amalan. Tindak tanduk juga peri laku, sedar ke aku setiap kata-kata tu adakalanya secara tak langsung memakan diri?

Adakah apa yang aku perkatakan, apa yang aku sampaikan  tu selaras dengan perilaku aku di dunia ini?, Mengikut segala suruhan-Nya? dan meninggalkan larangan-Nya?

Tak ada siapa yang boleh persoalkan tahap keimanan seseorang. Mungkin kau nampak dia nakal tapi dia tak pernah sesekali meninggalkan kewajipan yang di suruh, sebab dia tau itu sahaja cara untuk dia dekat dan kekalkan hubungannya dengan yang Maha Esa. Berbalik pada diri sendiri.

Apakah setiap kata-kata  yang terhambur dari mulut aku ni, mengiyakan segala tindakan sendiri? Lahiriahnya aku mengiyakan kebenaran, zahirnya bayang-bayang itu sendiri menunjukkan kebenaran. 

Ahh..betapa malunya pada Dia dengan sikap ku selama ini..




**pssst.... campur dua dalam satu.

10 comments:

  1. yui; maknanya, kita terlalu lalai. selalu lupa asal usul kita... hahaha~

    tukang karut; ye... bila kita punggah masa silam, aduh...malunya.!

    ReplyDelete
  2. sedey pula sbb bayang2 sy sangatlah buruk...

    ReplyDelete
  3. Bca tjuk entry...teringat plak pada ank buah yg tkutkan byg byg dia sndiri...

    ReplyDelete
  4. Tak ada siapa yang boleh persoalkan tahap keimanan seseorang. Mungkin kau nampak dia nakal tapi dia tak pernah sesekali meninggalkan kewajipan yang di suruh <--saya suka bait-bait yang ni.. :)

    ReplyDelete
  5. boni; nape bro, mcm awk je...huhu~

    ReplyDelete
  6. Sesiapa yg menyedari kekurangannya akan mendapat kelebihannya..Masalahnya kita seringkali tak tahu kekurangan kita dan akan tersinggung bila org beritahu kekurangan kita...

    ReplyDelete