expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 31, 2013

Melihat Dari Jauh


Waktu tu aku cuma melihat dari jauh...


* * * * *
Terkedek-kedek aku berlari ke tingkap. Nak sangat tau kenapa ada bunyi siren. Firasat aku kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi. Kecemasan? 

Setiap kali dengar bunyi 'neenong-neenong' ni, setiap kali tu juga hati aku tak tenteram, rasa berdebar. Entah... mungkin sebab pengalaman lepas agaknya. 

Tak sampai seminit, aku dengar suara garau pakcik yang duduk depan blok aku panggil nama mak. 

Kat situ aku tak berapa nak fokus apa yang dibincangkan, sebab mata aku lebih tertumpu pada brader, pemandu van tu. Ehemm... Boleh tahan. Hehe. Kemudian, mak aku bergegas masuk dalam bilik dan capai tudung sarung. 

"Mak nak turun kejap. Ustazah yang ajar Muaz tu tenat. Dah bawak balik rumah semula" -Mak

Tu je yang aku dapat tangkap. Lepas tu tinggal angin. Mak dah pun berjalan menghala rumah Ustazah. Dan aku, bersiap sedia ke kelas.

Petang tu, dalam perjalanan balik dari kelas,hujan baru je berhenti. Sambil melayan perasaan,fikiran aku menerawang teringatkan kisah ambulans siang tadi. Apa khabar agaknya ustazah tu? 

"Ok dah ke dia?" -monolog sendiri.

Melewati kawasan perumahan aku petang tu, aku dapat lihat ada sebuah canopy tegak berdiri bertentangan dengan rumah Ustazah. Kerusi plastik dah pun disusun rapi untuk di simpan. Keadaan lengang, Meja segi empat tepat pun dah dilipat. Tanah dalam keadaan basah sebab ditimpa hujan. 

Hurmm...



1 comment:

  1. Al Fatihah....

    Pss....okeh, rietta tunggu habis dlu....xtaw lew dua minggu ke lebih ke...kata sales girl dua minggu....

    ReplyDelete