Monday, February 27, 2012

Jujur Aku Dayus


Ni bukan filem ea. Ni hanya sebuah drama tv3 yang nak aku kongsi dengan korang. Cerita tentang kehidupan, perhubungan, perkahwinan yang penuh dengan kasih sayang, kemudiannya dibelenggu dengan permasalahan rumah tangga. Pada asalnya Liss ni seorang anak yang liar, sosial, kaki botol. Ayah dengan akak dia memang dah tak ley nak adjust otak dia. Sehinggakan pada satu petang yang bening, dia bertemu dengan seseorang yang bernama Edree. Bukan Edree Abdul Halim, tapi Edree lakonan Beto Khusairy. Halaalalala.... Cool ler Beto dalam drama nih.! Pertemuan tu membuahkan perasaan chenta..chenta bila Edree dengan gentelmennye cakap, "Satu hari nanti pasti awak akan jadi isteri saya.." Kau boleh ke ada orang lelaki tetiba cakap directly kat ko camtu. Nak jatuh cinta lah kan... 

 ~ bETO... bETO... Sedap nama dia ni. ~
Perkenalan yang membibitkan perasaan chenta tu akhirnya ke jinjang pelamin. Meskipun pada awalnya, abah si Liss tu banyak ler songehnye. Tak silap aku, abah si Liss tu ada cakap "Aku tak perlukan seorang lagi orang putih dalam keluarga aku..." Gitu lah ayat dia... Mencabar kesabaran Edree, Edree kemudiannya bersungguh-sungguh tunjukkan kesungguhan dia memperisterikan Liss dan mampu mengubah Liss dari seorang yang kaki mabuk, social, seksi kepada seorang wanita islamiah. Yang taat pada suami juga pada keluarga. 


~ Saat Bahagia ~
Kebahagian rumah tangga diorang ni mula diuji, bila Edree yang baru balik dari Jepun berubah laku selepas dari kemalangan jalanraya. Perkara pertama yang dia jawab bila doktor tanya apa perkara terakhir yang dia nak buat sebelum kemalangan berlaku?, dia jawab "Saya nak ceraikan isteri saya.." Ahhh...!!!! Kenapa?? Kenape pulak nih?? Lepas dari kemalangan, terus dia berubah. 

Mula dari sini, aku macam tak sabar nak tengok sehingga ke penghujung cerita. Macam-macam dalam otak aku buat penilaian. Si Edree ni main kayu tiga sampai Anisa bunting ke? Edree ni kawin lain ke? Edree ni kene buatan orang ke? BTW, aku memang selute kat lakonan si Beto. Natural habis time dia lakonkan watak perubahan sikap dia dari seorang yang kelakar, pandai menjawab, kepada seorang yang banyak termenung, sepi, kecewa... 

Nora Danish pun tak kurang juga aku rasa lakonan dia. Dalam drama PUTERI nampak dia manje ngn mengada-ngada. Tapi dalam drama ni aku rasa dia memang macam seorang isteri solehah. Dengan riak muka sedih dia, kecewa bila suami yang dia sayang wat derkk ngn dia. Terima hakikat suami dia berubah dengan tiba-tiba lepas dari kemalangan tu. 

~ Emosi melanda ~
Bagi korang yang terlepas tengok drama ni  dan yang masih belum tengok drama ni, aku ada kongsikan link untuk korang. Tekan ler link yang aku attach sekali tu... bagi yang dah tengok, apa pandangan korang pulak.? Ke aku sorang je yang syok senirik rasa drama ni cool.? Erkkk....malu lar.... 
~ Time nak cerai ~
Ok, bye!

9 comments:

  1. drama ini memang banyak pengajarannya...

    ReplyDelete
  2. menangis tgk cerite ni yg bab dia nk ceraikan isterinye...

    ReplyDelete
  3. mmg sedihkan drama ni... skarang nama nora makin naik lps blakon ttg dhia..

    ReplyDelete
  4. KAK BUI TAK TENGOK..RUGI PULAK RSNYA..HUHU

    ReplyDelete
  5. saye tgk citer ni. setuju dgn cik muda. mmg best and sgt cool drama ni. time conflik tu sy pon mcm2 pikir. mcm cik muda ckp. pikir die curang and mcm2 lagi. thumbs up lah utk citer ni.

    ReplyDelete
  6. mekasih bg link .. nk tgk jugak lah ;)

    ReplyDelete
  7. kawan2 ku ...sesape yang tak tengok tu tgk ler citer nih...

    banyak pengajaran terutama bg orang2 yang dah berumah tangga. yang bujang pun jadikan pengajaran di masa akan datang. sebab satu hari nanti kita juga akan memasuki fasa yang sama...

    ReplyDelete
  8. tak suka.



    tak adil.


    kenapa nora danish dlm cite ni pkai tudung cmtu muka die x bolat.

    kenapa muka aku bolat????

    dunia tak adil.



    *kesat hingus~

    ReplyDelete