MAMAT KHALID & ESTET
Ia nya bermula apabila Scha (bos kecik kat opis aku) mengajak tengok Cuti-Cuti Cinta..lakonan Abang Farid Kamil. Justeru itu aku terus bersetuju kerana ia adalah filem lakonan pelakon pujaan Linda Toha, [diehard fans ...bukan aku].. Tapi bila jejakkan kaki je dekat GSC Alamanda, jiwa meronta-ronta untuk menonton Estet...Hmm..apa yang menarik sangat tentang movie ni sampai kontroversi dalam FFM-23 aritu?? Tu yang membuatkan aku rasa nak tengok sangat... Jadi, plan berubah, even though hero dalam kedua-dua movie maseh sama... [diehard betul ni]....Mana tak, dia pun tengah laku sekarang, mane je ada muka dia - dah macam syarat wajib tayang pulak...
Ingat lagi drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel...Zombie Kampung Pisang ... Rock ...Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang? Semua tu adalah hasil buah fikiran sutradara Mamat Khalid.. dan yang terrbaru nilah dia Estat....
Hmm....apa pun, Estet masih menarik... Banyak pengajaran Mamat Khalid sampaikan melalui hasil buah tangan terbarunya.. So, why don't you come out and watch this movie...!!
Mengisahkan tentang sebuah kehidupan harmoni, perpaduan 1 Malaysia . . .Melayu, Cina, India... yang bekerja di ladang estet... Ada persamaan penyampaian Estet ni dengan kebanyakan filem arahan Allahyarhamah Yasmin Yusuf...yang memaparkan kehidupan sebenar golongan sederhana/bawahan, percintaan berlainan bangsa.. Cuba kita ingat balik kisah cinta chinese man, Jason & Orkid dalam Sepet, Mamat Khalid trying something multicultural juga with indians and malays, antara Farid and Geetha [new comers] Cuma, iye lah...siapa yang tak kenal Mamat Khalid kan...Suka buat cerita yang sikit tak masuk dik akal... Cerita Estet ni aku tengok da seakan-akan "Shaolin Soccer" pun ada jugak...Stephen Chow version Mamat Khalid..lawak macam nak pecah perut...especially part Rosyam Noor main bola.....kihkihkih....Cuma satu lah [as my opinion]... pada permulaan cerita tu macam quite boring ckit kot... Mungkin kalau nak dibandingkan dengan MAGIKA... aku lebih into dengan hasil nukilan KRU STUDIO...kali ini...
Hmm....apa pun, Estet masih menarik... Banyak pengajaran Mamat Khalid sampaikan melalui hasil buah tangan terbarunya.. So, why don't you come out and watch this movie...!!
Comments
Post a Comment