LELAKI UCAP MAAF DAPaT BuAT JAnTUNG PEReMPUAN SiHAT

Aku copyright dari FB. Sebab rasa dia punya title tu sangat-sangat menarik perhatian aku sebagai perempuan..Hmmm let's check it out!!

*****
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.
*****

Tak kisah la sebenarnya lelaki maupun perempuan.... Kiranya ungkapan maaf dan terima kasih tu lahir ikhlas dari hati, kesannya sebenarnya mendalam dan sangat-sangat bermakna even sekadar perkataan...Betul tak? Jadi, aku pun nak ucapkan TERIMA KASIH pada semua kawan-kawan yang sudi jadi member aku, sentiasa susah senang bersama.. selalu buat aku bahagia, menceriakan hari-hari aku...juge MAAF 

kiranya ada kata-kata yang terkeluar tu menyinggung perasaan, kicik hati, buat bodo bile korang shout out kat FB aku...ngee~ hehe! Eyhhh...ni macam lari topik jew...huhu~ caw cin caw nk balik tengok CHINTA la.......hmmmm~

Salam Ukhuwah..~



Comments

Popular Posts