MAGIKA

~Ini adalah Lirik Lagu~

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Lirik ni, incik Google tlg search kan untuk aku...sampailah temui web ini:  http://anizyn.blogspot.com..~ Thanks to anizyn!! Minggu lepas, entry aku tentang ^10^ tu kan....pasal pi tengok muvie tuh... Ni ha la yang aku tengok.! 


Sebabnya, pada mula aku tak minat sangat nak tonton MAGIKA ni.. Tapi, bila aku tertonoton FFM -23 aritu, movie ni menang sebagai Filem terbaik 2010, maka aku pn ter 'into' nak menonton... Maka, termenonton la aku ngan Scha pada malam rabu lepas.... 
Ceritanya bermula bila  dua beradik ni termasuk ke alam bunian, di mana Malik, adik kepada Ayu merajuk  akibat memberontak. Sebabnya orang2 sekeliling asyik menyalahkan dia atas kematian ibunya lakonan Fauziah Ahmad Daud kerana dermakan buah pinggang pada dia.

Kisah bermula apabila, dalam dok merajuk tu, Malik ni terjatuh dalam satu perigi buta kendian timbul dekat satu tasik yang mana tasik tu sebenarnya adalah di dunia bunian...At da same time Malik jatuh dalam perigi, Ayu terdengar jeritan Malik..dia pon carik kat area situ dan terjatuh juge dalam perigi itew... Maka bermulalah ceritera mereka dalam alam bunian yang menemukan mereka dengan watak-watak cerita rakyat zaman kanak-kanak kita dulu...kan.

Puteri Bunian lakonan Maya Karin

Ayu bertemu dengan Panglima Melaka: Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu, Kasturi masa cari Malik yang dah kena tangkap oleh Nenek Kebayan (Ziana Zain)

Dalam pada Ayu mencari adik dia tu, dia bertemu dengan 5 orang panglima Melaka... Yang tak boleh blah part ni, mrike semua pakai name tag tulisan jawi, pastu kata panglima Melaka tapi cakap Kedah... Geeelllaaaa~ thhehe....SebelOm part bertemu Panglima Melaka nih, Ayu ni ada terjumpa dgn Mahsuri (Vanidah Imran) slang Siam "PINGPONG" yg tetiba terbunuh tak pepasal oleh Mamat Kelam KabOt (Norman Hakim) Tak sure dia sebagai apa dalam ceritera ini...Huhu~

Ayu ngn Abg Bad a.k.a Badang

Part Ayu ngn Bad nih plak, aku suka masa last sebenarnya.. Time tu diorang dah ada dekat dunia masing-masing cuma sebenarnya dalam keadaan yang sama, pada waktu yang sama..! Menyanyi lagu seperti lirik di atas..Arap maklOm..~

Part yang ada sikit tOuching pada aku ialah masa Malik meet 3 pokok yang boleh bercakap. Waktu tu aku tak perasan sangat 3 pokok tu ialah adik beradik KRU, Hmm...lirik lagu part ni best...

Malik meet Bawang Putih & Meyrah..

Amani ngn Leeya ni memang nampak macam kembar dalam ini movie. Part ni ketika Malik diganggu oleh dua beradik ni haa.. Jahat tu bawang putih n merah ni! Tapi si Bawang Putih ni sikit cam tak sampe hati...

Haa...ni lah nenek kebayan (Ziana Zain) yang tangkap Malik tu...


Time nak balik ke alam realiti, terjumpa dengan Naga Tasik Chini - M.Nasir

Part ni, tiap kali nyanyi je mesti ayat M.Nasir sama..... Tensen aku!

" Nak ke mana kamu bertiga
Jangan sampai bangunkan naga
Izinkan kami tumpang lalu
Untuk ke seberang situ

Nak ke mana kamu bertiga
Jangan sampai bangunkan naga
Apakah tadi kurang jelas
Kami ingin pergi melintas

Nak ke mana kamu bertiga
Jangan sampai bangunkan naga
Tolonglah jangan ganggu kami
Baik pergi jaga hal sendiri

Nak ke mana kamu bertiga
Jangan sampai bangunkan naga
Hei orang tua jangan menyibuk
Sendiri buat sendiri tanggung

Sendiri buat sendiri tanggung... "

Hmm...itu lah kisah sedikit sebanyak tentang MAGIKA muzikal ni... Memang semua lagu - lagu dalam movie ni best-best. Tak kurang juga pencahayaan ngn tona warna yang membezakan alam realiti ngn alam bunian ni..Memang kelasss la KRU...! Berbaloi la kiranya perabih duit nengok kat wayang tu... Banyak nasihat ngn teladan yang KRU sampaikan.. Especially kasih sayang antara adik beradik . Dan tak lupa, budak-budak zaman sekarang ni mana dah tau dan kenal cerita-cerita rakyat zaman kanak-kanak kita kan...Pak Pandir pun mrike ni tak kenal..huhu~ Hmm..lepas ni nak tengok cerita CUTI-CUTI CINTA pulak....huhu~

Comments

Popular Posts