Monday, December 2, 2013

Travelog Hong Kong : Terlepas Flight?

Lega bila....

Lebih kurang jam 12.40 kelibat abang aku muncul dekat LCCT dengan bag sandang dia. Ohh...Alhamdulillah.! 

Tiba masa kami bersiap sedia untuk ke balai berlepas..! Hii...tak sabar rasanya. Tapi....tiba-tiba abang aku yang baru je sampai sibuk nak makan, lapar katanya. Lepas membedal baki-baki makanan tadi Kami bergerak ke balai berlepas... Dan waktu ni baru Kami perasan jam menunjukkan ke angka 1... Gate closed juga pada jam 1.

Dem.. Masih belum lega..


Sekali lagi kenangan masa di Bandung menjelma... Ya Allah.! minta-minta la sempat kali ni. doa aku dalam hati. Aku pandang muka abang aku, abang aku pandang muka aku. Tiada kata yang keluar. Sebab, keduanya saling mengerti. Naya kalau terlepas kapal terbang. Nak menjawab apa lah dengan mak ayah, kawan-kawan ofis.?

Siap urusan cop boarding pass, kami berkejar ke bahagian imigresen. Aduhh...!! Dekat sini je makan masa 10 minit. Dengan pegawai yang aku rasa sengaja melambatkan keadaan. Habis dia punggah semua barang salah seorang sepupu aku. Teringat aku kisah parfume Bob yang di ambil oleh pegawai imigresen dulu. Aduh, takkan kali ni pon sama.! Dan akhirnya apa yang dia ambil cuma mousse yang baru dibeli adik sepupu aku ni. Ahh..! Dah tau tu saja bendanya tak perlu lah rasanya nak punggah habis kesemua barang sampai bersepah segala dengan cara yang kasar. Muka yang semacam, macam aku buat kesalahan menyeludup dadah ke luar negara. 

Dalam pada menunggu sepupu aku mengemas semula barang -barang tadi, mujur dua orang lagi sepupu aku lepas dari pemeriksaan. (Yang pastinya bukan dari lane puaka ini). Dua orang ini lah harapan untuk menagih simpati orang yang jaga gate tu supaya tunggu kami... Siap pemeriksaan, dua-dua sekali berkejaran ke balai berlepas...

Haaahh... Seronok sangat kan korang?

3 comments:

  1. pernah ke kena rampas barang gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dulu. tapi dengan cara berlainan. maksud aku cara yang sopan. dengan nada yang berhemah...

      Delete