Aduh hai MELAYU
Bila kita duduk di 'barisan hadapan', kita dapat lihat macam-macam jenis manusia
Pelbagai ragam manusia
Pelbagai kaum berbilang bangsa.
Dari penjuru peta timur ke barat, selatan ke utara.
Dari Bumi Kenyalang hingga ke Bawah Bayu.
Melayu, Cina, India, Sabahan, Sarawakian.
Berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia.
Ada yang kaya, miskin, sederhana, mesra, sombong...
Dan, antara semuanya ni yang paling aku menyumpah seranah (di dalam hati) bila di beri tugasan berada di barisan hadapan ni adalah bila bertemu dengan orang yang sombong dan bongkak. Dan yang lebih menyedihkan mereka-mereka yang sombong angkuh dan bongkak ni adalah dari kalangan bangsa aku sendiri. Aduh hai MELAYU...!! Aku bukan lah menunding jari keseluruhannya, tapi hanya nila setitik ini lah yang mampu merosakkan susu sebelanga.
#kadangkadangmenyampahdenganbangsasendiri#
jangan la sumpah seranah kite..
ReplyDeletejangan lah.. :(
tak la...tak laa...... awak somel..!
Deletemacam2
ReplyDelete