Travelog Hong Kong : Tragedi

Just make it short...

Alhamdulillah doa aku dimakbulkan. Staff yang bertugas di gate pelepasan pada hari tu sangat bertimbang rasa jika dibandingkan dengan staff imigresen yang check kami. Kami selamat berlepas ke HK jam lebih kurang 0135 petang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk tiba di HK. Lebih kurang jam 0530 kami selamat mendarat di bumi HK.!

Oh ya, ada satu lagi tragedi yang berlaku dalam perjalanan kami hari tu, dan terbongkar bila berada dalam kapal terbang...


Ok, to be continue ......

Menaiki bas ke Tsim Sha Tsui. Dari jauh kami dapat lihat bangunan kebanggaan rakyat Hong Kong, Bank Of China.

Hahaha.... Ok, continue balik!

Aku baru tahu tragedi tu setibanya kami di HK International Airport. Waktu tu, abang aku yang mula bersuara. 

"Ada benda yang terjadi tadi, Yii ko bertanggungjawab bagi tau kak ijah ko..." 
"Kak Ijah, Ayu punya duit HK hilang masa berlari kejar flight tadi.."

Ya Allah.!! Aku memang speechless bila dengar diorang ni punya statement. Rupanya time aku tido sepanjang perjalanan tadi, diorang semua dah pun tau kes kehilangan ni. Dan diorang memang sengaja untuk tak bagitau aku. Katanya nanti aku membebel macam 'MakLong'... 

"Semua?"
"A'ah..."
"Yang ko tak simpan duit dia sekali  ngn duit ko kenapa? Kan dah cakap, tengok Ayu. Pegang barang-barang Ayu. Duit, passport semua ko jaga. Yang Ayu pon nape tak bagi duit tu kat Abang.? Ayu buh mana duit tu? Tak bawak purse ke? Abistu macam mane ni? Langsung tak de baki duit HK tu? Abis semua tercicir?" Aku tengok poket kecil belakang skinny jeans yang dia pakai waktu tu.. Hmm, memang padan la duit tu boleh tercicir kalau macam tu punya pocket. 

Ahhh... 

"Kan Abang dah cakap, Abang dah cakap....Sebijik macam MakLong, kan? sebijik macam MakLong..."

Aku rasa macam nak cekik-cekik je enam-enam manusia depan aku yang boleh lagi gelak-ketawa. 

Akhirnya, kami orang sebulat suara kongsi je duit siapa yang lebih untuk backup Ayu sepanjang kami berada di sana. 



<erkk...'MakLong' tu adalah mak aku>

Comments

  1. window shoping jer ler gamaknyer.. sabor jer ler..

    ReplyDelete
  2. hilang duit... ermmm... confirm terus down nak cuti kan...

    ReplyDelete
  3. dugaan semasa bercuti..ada hikmahnya tu

    ReplyDelete
  4. Thanks for ur support & Wish you good luck

    ReplyDelete
  5. Apa pun mesti kalian happy sepanjang masa di sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts