expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 30, 2013

Apa dah jadi?

Semalam....

Selepas berhempas pulas brader mentenen yg dikenali dengan nama Ajis tu setelkan tombol pintu rumah aku, akhirnya dapat juga aku masuk. Syukur tak terperi.. Hasil yang diperolehi... Ni dia. Habis terbarai tombol dikerjakannya.

Kata abang bro ni, "Memang bagus kunci korang ni, memang safety. Tapi kalo berlaku kejadian seperti ini, memang boleh hilang sabar nak setelkan.." Alaaa...bukan ku pinta jadi begini dan menyusahkan anda abang bro. Maafkanlah.!


Lebih kurang jam 430 petang baru aku boleh dapat masuk. Tapi dalam tempoh hendak ke 430 petang tu, telinga ni agak bernanah sikit dengan nista makcik kerani di ofis pengurusan pangsapuri ni. (Bukan adik seorang tu ye..) Aku cuma ingatkan dia pesanan encik Man (mungkin supervisor yang duti haritu) sebelum keluar tadi. Dia minta makcik ni call semula brader maintanen tu untuk tolong buka pintu rumah aku. Tapi makcik ni cakap yg en man suruh dia call sebab nak betulkan aircon ofis bukannya pintu aku yang tak boleh buka tu. Aduh... Waktu ni, tahap kesabaran aku dari jam 0130 petang tadi hingga menjangkau jam 0300 amat-amat tercabar.  Apakah makcik ini mempunyai masalah pendengran? Itu la, berborak sakan sangat mengata orang sorang demi seorang. (Sepanjang aku merempat disitu, aku pasang telinga sikit mendengar cerita sensasi dari mulut dia...maaf ye makcik, betri handfon habis tuk hilangkan bosan dan rasa mengantuk)

Beberapa minit dia di talian, aku terdengar sambungan bersahut. Mungkin dia call Ajis si mentenen tu lepas aku berkeras menegakkan keadilan aku. Ya, sangkaan aku betul. Dan dia ada beritahu pesanan En. Man tadi supaya segera selesaikan masalah aku. Tapi, ada sesuatu yang menyakitkan telinga dan mencurigakan hati aku apabila mendengar perbualan mereka ni. 

"Haa...ajis, ko rehat lagi ke? Hmm...berapa lama? 15 minit? ok.. Ada ni, adik perempuan ni tunggu sini. Ye.... Tak boleh nak buka pintu.... Hmmm..biasalah tu..." 

Eh, apakah dia ingat yang aku tertinggal kunci dalam rumah dan anggap tu perkara biasa bagi penyewa kat sini. Amboii....

"Akak,saya bukan tinggal kunci dalam. Kunci pintu rumah saya tu mmg tak boleh buka. Kalau setakat kunci tinggal dalam, saya boleh tunggu kawan-kawan saya balik dari ofis." Nah...

Ini jawapan aku apabila Si Ajis maintanance tu sampai dan akak kerani seakan nak menyalahksan aku sedangkan tak tau apa-apa cerita dari awal... 

437pm...

Aku baru dapat masuk rumah.. Terima Kasih, abg maintanance.!

pssst...Kakak kerani... Ramai dah orang komplen perangai awak yang tak de mannerS tu. tak layak duduk depan kalau servis awak macam tu. Syuh syuh... pegi jaga toilet tu..Akak cleaner tu lebih mannerS dari awak...KIKI

 

1 comment:

  1. uiks...abis terbarai smeua...hmmm...susah la klu xde manners...buat jerk aduan...

    ReplyDelete