Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran



Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau juga dikenali sebagai SPP ni dulu tak macam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang sentiasa online 24jam untuk peluang pekerjaan. Entah bila SPP ni beroperasi macam SPA ni ye? 

Teringat waktu aku mula-mula minta kerja kerajaan dulu, 3 hari sebelum tarikh tutup. 3 November 2004. (tak silap..) Aku dapat tau yang ada tawaran pekerjaan dalam sektor Kerajaan diiklankan dalam Berita Harian. Waktu tu, aku baru beberapa bulan habis kursus Sijil Teknologi Maklumat dekat Politeknik nun jauh di pantai timur sana. 

Muda remaja waktu tu. . . 

20 tahun. 

Bertungkus lumus aku pergi photostat sijil-sijil berkaitan 3-4 salinan, ambil gambar berukuran passport. Ke hulu ke hilir. Suntuk sangat aku rasa waktu tu. Confident level menurun, 0%. Sebab apa? Rasa tak sempat dan takkan ada peluang nak dapat. Waktu tu, dalam kepala otak, duk fikir, 'berapa ramai pulak applicant yang dah pun hantar borang permohonan? Yang aku, baru semalam dapat tau ada job vacancy ni' Mana sempat.... Kalau posmen ni miss dokumen aku ni. Aduh!!!

Awal pagi. Aku ingat lagi. Aku cabut sekejap dari Guardian (waktu tu aku buat partime) tunggu depan post ofis KLCC. Tunggu dia buka pintu. Dekat situ lah aku photostat, situ juga tempat aku tampal gambar, kat situ juga lah aku beli sampul coklat dan hantar terus. 

Waktu masukkan sampul dalam box merah tu, sempat aku hembuskan ayat-ayat manis dan di iringi kata-kata perangsang dari seseorang yang sentiasa ada bersama-sama aku waktu tu. SIAPAKAH?

"Insya Allah, jangan risau mesti dapat punya...kalau tu rezeki awak"

Bulan 3, 2005... Aku terima surat tawaran temuduga dari SPP. 

Dan sebulan lepas tu, sekali lagi aku terima kunjungan surat dari SPP. 

Alhamdulillah... Memang rezeki aku.. Sehinggalah sekarang aku masih lagi berkhidmat sebagai 'Yang Menurut Perintah'...... 

Bila gaji nak naik lagi ni eh???


Angkat ni satu kali lah... Ah hah hah...


**pssst..... Untuk makluman lebih lanjut, korang boleh la ke laman web ini.... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts