Thursday, March 14, 2013

Fear Factor

Hai...

Hidup kalau tak ada cabaran, tak thrill lah kan? Macam fear factor tu. Cabar diri disebabkan nak tengok sejauh mana keberanian kita.

Ha. Cerita pasal keberanian ni. Berani, berani juga. Tapi jangan la sampai terlalu berani buat sesuatu perkara yang mungkin mendatangkan musibah pada diri sendiri, keluarga atau orang di sekeliling kita.

Contoh :

Terlalu sangat nak mencuba sesuatu yang boleh meragut nyawa, mencederakan, atau meragut kesucian (especially untuk adik-adik perempuan kat luar sana). Jangan..jangan! Sesal kemudian tak berguna.

Jangan cabar diri pada sesuatu perkara yang mendatangkan kesan buruk pada diri. Kalau yang mendatangkan kesan positif, mampu menaikkan semangat kita, atau yang boleh membuatkan kita yakin pada diri sendiri, why not? 


Contoh;

Cabar diri untuk lihat kemampuan kita. 

Sejauh mana kita boleh berhadapan dengan situasi yang memaksa kita untuk membuat sesuatu keputusan dan pilihan. Ni juga boleh merangsang minda kita agar lebih cerdas dalam memberikan idea yg terbaik, penilaian yang tepat.

Persaingan sangat sengit kat luar sana. Siapa yang kuat dia akan kehadapan. Siapa yang berani dia akan mendahului. Siapa yang bijak dia akan terlepas. Dan siapa yang takut, lemah pasti akan kecundang dan dipijak.

Jangan terlalu tunjukkan yang kita lemah, dan jangan pula tunjukkan yang kita sangat bijak sehingga tak perasan yang ia sebenarnya menyerlahkan kebodohan kita.

Anak Buah
*sekadar hiasan*


**pssst....pesanan dari seorang kawan yang cukup membuatkan hati aku tercuit. 

"Jaga diri, jaga hati... 
Biar luka jari, jangan luka hati..."

7 comments:

  1. setuju dgn ape yg dipost. berani kene bertempat.

    ReplyDelete
  2. Setju...brani biar bertempat, jgn smpai merugikan diri sndiri, comei anak buah...hmm....setuju jugak dgn kwn tu...luka dijari mampu dibalut, luka dihati, ssah nk rawat....

    ReplyDelete
  3. setuju dengan diatas.. tapi jangan melampaui kemampuan diri ek...

    ReplyDelete