Review : WARM BODY

Syok jugak kadang-kadang aku tengok Kak Lea up entry secara pukal. Nak je sebenarnya aku buat pukal ni. Tapi kangggg...... 

"Kau ada banyak cerita ke yang nak di kongsi tu? Ada??"

"Kau Jah, ada idea ke nak berceloteh sana sini pasal produk? lifestyle? fesyen? Reti??"

Haaa...

Kalau tak reti, duk diam-diam sini. Taip je entry macam biasa kau buat... ek? 

Malam ni, ehemm.... Aku nak berkongsi dengan korang satu cerita... Haa... Baik punyee!! Pernah dengar pompuan bercinta dengan Zombie? Vampire je yang ada pun kan, kalau tengok market sekarang ni. Manusia tak di pandang do... Tapi kali ni memang lain dari yang lain. 

Movie yang aku pegi tengok dengan my cousie2 a few weeks ago. 

He he he


Ceritanya adalah tentang, pada satu masa nanti, dunia ni akan di takluki oleh zombie. Haa...sekarang pon korang tengok Zombie Kampung Pisang pun dah bermaharajalela kat Malaysia kan? Hmm..tak lama la tu.  Grrr!!

Fenomena bercinta dengan Zombie pulak ni nanti. 

Baiklah..

'R' (bukan nama sebenar) adalah zombie yang tak punya identiti, naluri, perasaan, mahu pun denyut nadi. Tapi dia punyai mimpi.... Mimpi untuk bernafas, merasai denyut nadi dan ingin mencintai. Mencintai?? 

Kehidupannya, hanya mencari makan dengan membunuh manusia, selain menyimpan barang-barang lama. "R" dapat melihat dan merasai masa silam manusia melalui otak manusia yang dimakannya..kejikan?

Sewaktu mencari makan, 'R' bertemu Julie, seorang manusia membuatkan dia punya identiti. Punya satu perasaan aneh yang tiba-tiba menjalar dalam hati sewaktu pertama kali bertentang mata. Ok.! Pelik cerita ni.

Julie, yang hangat dan ceria, membuat sesuatu dalam diri 'R' mulai berubah. 'R' sedar dia tak sanggup untuk makan Julie, walaupun gadis tu nampak lazat dan menyelerakan. Apakah?? Dia cuba sedaya upaya untuk melindungi Julie, tak peduli apa pun akibatnya. Walaupun dia tau, pilihan yang dia buat ni akan  memakan dirinya, melanggar peraturan dan menyangkal logik alam, juga membangkitkan kemarahan 'Si Tulang' . Tetapi R tak kira kerana denyut nadi mula mencambah dalam dirinya. 

Modus operandinya adalah ingin bernafas, ingin hidup, dan ingin merasai kehangatan.!! Juga cinta Julie....

Apakah pengakhirannya? Adakah 'R' mampu bersama Julie? Bolehkah kasih dari dua dunia yang berbeza ini berpadu?

Apakah kaitannya dengan 'Si Tulang' itu?? Mampukah bakal bapa mertuanya menerima dia Zombie sebagai menantu?? Untuk mengetahui pengakhirannya, silalah ke panggung... hehehehe~



Macam heavy je cerita dia...  Padahal.....

Erm, korang pegi tengok sendiri la. Gelak tak gelak je cerita ni aku tengok. Zombie ni memang mcm kampung pisang juga. Tapi rare..!!! 


**Pssst..... orang tengok movie yang pecah panggung, tapi aku tengok movie yang pecah perot jew...

Comments

  1. la la la... baca sinopsis memang macam menarik... dan tertanya2 jugak ni ending macam mana...hu hu hu...jadi manusia ke si R tu...

    ReplyDelete
  2. menarik plak cter nie.. hari tu ada tanya sal shiseido mask kan? nie stok dh sedia http://www.sararose.my/2013/03/stok-shiseido-mask-sudah-sampai.html

    ReplyDelete
  3. salam cik muda..
    makin bertambah cantik nanti,,,,,
    heheheh

    pekabar..?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts