LEWAT LAGI?!

Pagi itu, kami dengan sembarewang...bersenang lenang kerana bangun awal ... tak lah tergesa-gesa seperti selalu kerana mengejar punch card. Hari itu, saya dan tini sedondon..berbaju kurung biru firus.... terserlah keayuan yang selama ini terselindung... touch up tak seberapa, tini dan saya melangkah keluar dari rumah yang kami diami... ily, teman serumah, sudah keluar awal... tinggal saya dan tini. rumah di tingkat 15 saya turuni dengan elivator... tak mampu rasanya 15 tingkat kebawah menggunakan tangga... meskipun terkadang terlintas juga difikiran andai ada peluang. Biarlah... Sampai di aras terakhir, saya mencari2 kelibat sesuatu... oh, disana..!! Terlihat sebuah kereta comel berwarna hitam nun di sebelah kiri berdekatan dengan kawasan tong sampah besar... Jam di tangan menunjukkan 20 minit lagi waktu punch card kami berakhir... masih sempat... dari rumah ke pejabat di parcel E hanya memakan masa 10 minit perjalanan. Saya pantas berjalan kearah kereta... Namun hati tersentap...pabila 2 3 langkah lagi untuk sampai ke kereta. hati ini bergetaran, memaksa saya melihat sekeliling kembali... Adakah ini khayalan atau... BENAR!! memang benar... dua tiga buah kereta yg parkir disitu juge seperti kereta yang lain...Saya berpusing semula mencari kawasan untuk saya bertenang.. mengurangkan debaran perasaan itu. sambil menanti tini yang mengunci pintu rumah sebelum turun ke bawah tadi. Sempat saya berangan menanti kehadiran tini yang bakal melihat apa yg terjadi pada kereta.... 


"Awat dok lagu nih?"

"Tgk arr...cane nk g keje.."

"clamp??"

Kami mengambil keputusan untuk naik bas... dengan ayu kami mengejar bas.. tinggal 5 minit lagi waktu punch card kami berakhir... dengan make up, kasut tinggi saya dan tini menapak mendaki bukit dari hentian bas untuk sampai ke parcel E.... Perasaan penat tuhan saja yang tahu.. peluh memercik di dahi.... prapppp........ 8.36 ... punch bertukar warna..



______________
legn0te : mampu tak aku nak cerita mcm ni spy incik malik sign punch card aku??? *sigh*

Comments

Post a Comment

Popular Posts