Friday, February 1, 2013

Separuh Masa

Selamat Hari Wilayah pada semua yang holiday harini. Especially buat blogger yang menetap di Wilayah Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya.... Hey..hey..hey..... holidah tu buat apa je? Duk memerap kat rumah cm aku juga ke? Hehe... Kesian. 

Ehemm...

Aku ni dari pagi tak ke mana. Ada pun tadi aku keluar sekejap ke opis. Itu pun sebab ada beberapa dokumen yang tak complete untuk aku bawa  bersama besok. 

Bawa bersama besok??Apakah??

Hmm.. Besok aku akan ke Skudai, JB. Pendaftaran Mahasiswa Baru (Separuh Masa) di UTM. Alhamdulillah, dapat juga aku sambung semula perkara yang tertangguh tahun lepas. 

Minggu lagi satu, bermulalah kehidupan aku sekali lagi sebagai student part time. Selagi termampu kan. Alang-alang...buat la apa yang boleh. Yang penting ianya membahagiankan kedua orang tua aku. 

Lepas ni tak boleh la nak bergembira sakan, berjalan ke sana sini. Holiday-holiday. No.no.no untuk semua tu. Apa...time dengan kawan-kawan APtB pun mungkin akan berkurang nanti. Ah, mereka pun dah ada haluan masing-masing kan. Apa pun pasti akan berkurang juga nanti.. Hmm..will miss all things we did together.. 

So...

Life must go on. Kita tak boleh nak bergantung harap pada kawan-kawan. Mereka ada jalan hidup tersendiri yang perlu mereka lukiskan. Untuk itu, aku juga perlu mencari lakaran hidup aku sendiri. Ye tak?? 

Hope everything goes smoothly and simplified. Insha-Allah. (^,^)


***pssst....join Giveaway IntanBerlian ea...hihihi.

7 comments:

  1. aptb... hehe suke gune jgk :D
    psstt smbung stdy ea.. gudluck eh ! ^_^

    ReplyDelete
  2. best dpt jd student walau prt time kan..demi msa depan juga..

    ReplyDelete
  3. mar ; thanks.... APtB! haha..

    YUI; yep. buat masa ni , ini yang terbaik rasanya... haha~

    ReplyDelete
  4. Azie..kampus kat mana nanti?best nyer...

    ReplyDelete
  5. salam cikmuda
    Pekabar?
    Rindu ni tau.

    ReplyDelete
  6. meh join segmen ni

    http://muffinsjue.blogspot.com/2013/02/short-segmen-by-nurirwane-miwaa.html

    ReplyDelete