REVIEW pulun : Mama, Hantu Kak Limah, Juvana dan The Impossible

Hai,

Harini nak pulun REVIEW movie yang dah aku tengok waktu lepas. Bermula dengan movie terbaru yang masuk panggung pada 17 Januari 2013 lalu. Sekarang aku tengok dah tak keluar dah kat panggung. Harap maaf yep. Hee.. Filem MAMA ni antara yang tersenarai dalam Carta Top 10 Movies kat GSC okey. 


Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bermasalah dalam kewangan . Kerana dek tekanan perasaan bapa keluarga ni membunuh isterinya dan kemudiannya menculik 2 orang anaknya sendiri. Dalam pada melarikan anaknya, dia mengalami kemalangan dan terpaksa menghuni dalam sebuah kabin dalam hutan. Dan di kabin ini lah segalanya bermula... Kematian bapa pada anak-anak tadi, dan selama tempoh 5 tahun kedua-dua budak tadi dijaga oleh 'sesuatu'..dalam kabin tu. Eehh apakah itu? Sehinggalah ditemui semula oleh bapa saudara budak-budak tu yang tak jemu-jemu mencari mereka. Ehh certia ni bukan takat tu aja. Ada lagi... Nak tau kene tengok la...

Kisah yang ber 'genre' kan seram sejuk ni memang memikat hati aku. Serious, seram dan menyayat hati. 5 bintang kot.!

Dah jom ke filem kedua pulak...


Hantu Kak Limah ni adalah kesinambungan dari yang lepas. Mengisahkan tentang Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di kampung pisang ni dia bertemu kembali dengan kekasih lama dia Mon, Kemudian.....aku zzZZzzz..kehkehkeh!! Sori.!

Bagi sesiapa yang sukakan lawak-lawak santai macam ni memang ni makan dia la. Hee...Ok, bagi part 1 dulu mungkin aku boleh untuk tengok sehingga penghabisan.. Tapi part 2 ni, semacam ada pil tidur yang dia bagi kat aku supaya aku terlelap. Pffttt.... Baru di tayangkan di pawagam pada 7 Februari yang lalu, dan sekarang masih lagi release. Kalo berkesempatan dan nak pegi tengok, pegi la, aku tak halang pon. Heeee~

Cuma bila part terakhir tu, aku tertanya-tanya juga apa kaitan Jin Pakai Toncet tuh. Ehehe... Mungkin part Jin Pakai Toncet diterangkan dalam filem tu tak sampai pada aku, 

Filem ketiga...

Juvana.

Seperti yang korang semua maklum, Juvana merupakan drama yang diangkat menjadi sebuah filem. Berkesinambungan dari drama dimana Daim telahpun di bebaskan dari pusat tahanan juvana setelah didapati tidak bersalah dalam kes pembunuhan ibunya.

Apabila di bebaskan dari tahanan Daim  memulakan kehidupan baru sebagai pelajar biasa di sekolah biasa yang kemudiannya berkenalan dengan Sara (Shera Aiyob) yang menjadi rebutan seorang pelajar lain.

Berlainan pula dengan kisah teman-temannya yang masih lagi berada dalam pusat tahanan juvana. Mereka terpaksa dipindahkan  dari sekolah lama mereka, Sekolah Wira Bakti ke Sekolah Indera Sakti,Di sinilah mereka mengenali Tuan Ali (Adlin Aman Ramlie), Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) serta pengikut tegarnya, Jamal (Syafie Naswip) yang sangat-sangat... huhh..! nauzubillah kejahatannya. Aiah..!! 


Last...

Filem The Impossible berlatar belakangkan kejadian Tsunami di Phuket, memang sangat menarik minat aku untuk terus duduk dan menghayati setiap babak yang berlaku. Ia merupakan cerita  benar yang berlaku kepada sebuah keluarga yang bercuti ke Phuket pada kejadian Tsunami pada tahun 2004 dulu. 

Mereka antara yang terselamat dalam kejadian ngeri tersebut. Berbeza daripada filem-filem Hollywood lain, filem ni lebih memaparkan kisah kekeluargaan dan ikatan kasih sayang. 


Meskipun aku tak tengok di pawagam,  Tapi pada aku tak rugi rasanya kalo korang menontonnya kat pawagam. hehehhe,,,

Masih lagi release di pawagam GSC, dan ia antara Top 10 juga dalam carta filem di GSC. Tempat lain aku tak tau. 

Sumber : GSC



***pssst, jom tengok wayang!!! Sape nakk banjew aku?

Comments

  1. dah tgk filem satu dan 3..
    mama dan juvana memang best!

    ReplyDelete
  2. ok ada muvie2 kat atas tu bakal aku download nanti. tunggu masa org upkan kualiti yg superb dulu bru download :P

    ReplyDelete
  3. pegi pangung tk ajak pun...kih kih kih

    ReplyDelete
  4. yup satu, tiga ngn empat mmg best ...

    kopi jgn tak kopi, kopi..heheheh

    arul.....jom la, dating satu kali..huhuhuu~

    ReplyDelete
  5. jom? akak belanja... adik bayar...boleh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts