Hanya doa yang mengiringi pemergian....

" ....according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

Semalam  sidang media berkenaan tragedi Kapal Terbang MAS MH370 telah diadakan dan telah disahkan oleh perdana menteri yang mana menurut katanya, penerbangan tersebut berakhir di lautan selatan India. 

Pencarian serpihan bangkai pesawat akan diteruskan . Sidang media yang secara terperinci akan diadakan pada hari ini.. Allahuakhbar...

Sebak rasa hati semalam bila dapat berita yang macam ni. Bayangkan lah perasaan keluarga yang setia menunggu semenjak dari hari pertama kehilangan tempoh hari..

Dalam fikiran aku masih lagi berpersoalan apakah sebenarnya yang terjadi pada saat 1.20 pagi, 8 Mac 2014 tu?... Apa yang mereka rasai waktu tu? Bagaimana keadaannya mereka di saat - saat getir berada di awanan? kemana hala tuju mereka untuk selamatkan diri? Subhanallah. Tak terjangkau dek fikiran manusia sekiranya Allah berkehendakkan sesuatu tu terjadi.. 

Apa yang berlaku di awan biru pada saat itu hanya mereka dan Allah saja yang tahu. Mungkin akan menjadi rahsia selamanya...

Bagi yang masih lagi "DI BERI PELUANG" bernafas di bumi Allah ini, sama-samalah kita jadikan ini sebagai peringatan buat kita untuk terus tingkatkan tahap keimanan pada-Nya. Allah yang Maha besar, maha mengetahui apa yang berlaku di langit dan dibumi. Peringatan untuk kita semua yang terlupa tentang kebesaranNya.. 

Kunfayakun. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia tanpa sesaat pun terlewat... 

Subhanallah...!! :,(

Al-fatihah buat mereka, dan takziah buat keluarga mangsa... Amin.


Comments

  1. salam takziah kepada semua yang terlibat MH370
    Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. until now akak still speechless and feel gloomy...

    ReplyDelete
  3. Sangat sedih dgn berita semalam...moga mereka tabah hadapi semua ini...wlau rietta sndiri pown xckup kuat utk terima,.,

    ReplyDelete
  4. Salam Takziah untuk mereka semua...

    ReplyDelete
  5. :( berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedih sangat!

    ReplyDelete
  6. salam takziah buat keluarga mangsa dan malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts