Monday, March 17, 2014

Misi Pencarian dan Tok Moh

Apa yang menarik di Mary Kay bulan ini??
Jom baca di The Touchez by Aze..

***

Misi pencarian pesawat MH370 masih lagi diteruskan walaupun pelbagai andaian, rumor yang logik, pelik dan tak munasabah bertebaran di laman social. Paling tak munasabah apabila misi pencarian ini turut disertai oleh pihak yang mengandaikan dirinya adalah Raja Bomoh. 

Ahhh....

Karut. Sangat karut. Bertemankan tikar yang di bentang dan cara duduk seperti berbaris menghadap kehadapan. Tak ubah seperti filem hitam putih Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan sahabat-sahabat yang cukup dikenali sekitar tahun 60-an 70-an dulu. Do-Re-Mi. Tak sangka. Dapat juga aku melihat perkara begini di alam nyata. Haha. Tergelak kecil bila fikirkan manusia yang berumur juga ada yang terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng. Ingatkan cuma anak-anak kecil aja yang terpengaruh bila melihat cerita Ultraman Neo dan Power Ranger ni.

Tapi aku respek.... Bukan kepada Tok Moh, tapi pada Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Kerana filem yang di lakonkan TERBUKTI dekat dan melekat dihati kita semua.. Hahaha~

Tengok betapa kuatnya penangan cerita-cerita dulu. Kan?

Tapi dalam konteks ini, yang paling aku kesiankan adalah ini...




5 comments:

  1. seluruh dunia mentertawakan kita dengan aksi tok moh...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. macam2 hal kan.. yang kelakar tu part penampar buaya .. adehhh.. sheila singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete