expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 21, 2013

Travelog Aku dan Hong Kong

Hari yang di nanti telah pun tiba.! 

3 NOVEMBER 2013...

Jam 8.30 pagi aku dengan sepupu-sepupu dah ber'wassap 'Morning'... Al-maklum, ini lah harinya untuk kami berangkat ke Hong Kong. Keterujaan di setiap wajah sudah nampak ketara. Hee... Hong Kong katanya.

Pagi tu aku teringat tentang kisah percutian aku di awal tahun haritu. Hari aku berangkat ke Bandung. Ahh..minta-minta la percutian ke HK kali ni tak macam ke Bandung dulu. Ye, aku kena pastikan semuanya. Passport, boarding pass, waktu chek-in, currency, bla-bla-bla... Bukan untuk aku saja, tp untuk semua. 7 orang ini.! Semoga segalanya berjalan lancar. 


Dalam pada bersiap-siap pagi tu, tiba-tiba pulak abang aku suruh kami ber-6 bergerak ke LCCT dulu. Dia ada kerja yang penting untuk diselesaikan. Dui! Sebenarnya, abang aku ada dapat panggilan kerja sehari sebelum trip kami orang ni. Urgent call katanya. Dan dari malam semalam dia siapkan kerja. Terfikir juga di minda aku semalam, sempat ke dia setelkan kerja sedangkan kami orang akan berangkat besok pagi? Jaminan dia 100%. Ok.! Trust aku memang 0% kalo kat abang aku sorang ni. Bukan tak percaya, tapi ada la lack of sikit bila part-part macam ni. 

Dalam perjalanan, tak putus-putus aku doa, minta-minta la semuanya berjalan lancar dan tak lupa abang aku settled kerja cepat. 

Kami orang sampai di LCCT lebih kurang jam 12 tengahari. Ada lebih kurang 45 minit lagi untuk kami masuk ke tempat berlepas. Bermakna ada 45 minit juga la masa untuk abang aku siapkan kerja dan sampai ke LCCT. 

Dalam pada menunggu ketibaan abang aku, kami mengisi perut supaya tak kekosongan nanti. Bukan apa, dari apa yang aku survey perbelanjaan untuk makan di HK memang agak mahal. Andaikata air mineral di sini berharga RM1, di HK berharga HKD18 bersamaan dengan RM7 (lebih kurang). *Makanan halal juga agak susah. Di sebabkan itu, aku dah pun bersiap sedia beli beberapa keperluan makanan untuk menampung perut-perut yang bakal kosong  di sana nanti. In case...





pssst....iklan baru dr Nuff, tq...!

5 comments:

  1. erk air mineral rm7.tercekik nk minum.hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau nak travel memang kena plan well dan full preparation kan..seronoknye travel :)

    ReplyDelete
  3. seronok bace orang travel bercuti

    ReplyDelete
  4. wah....mahalnye kt sana...huhuhu....

    ReplyDelete