Bilik Untuk Di Sewa Putrajaya (WANITA)

Awal tahun hari tu SPA ada jalankan temuduga untuk pengambilan baru dan peperiksaan khas untuk naik pangkat.. Kemudian bulan 5 haritu keputusan temuduga dan peperiksaan khas tu dah pun diumumkan.  Ramai la yang dah pun berjaya dlm sesi temuduga dan exam tu. Start awal bulan September, meriah dengan orang yang dapat tawaran kerja, bertukar balik, ditukarkan, naik pangkat & macam-macam lagi. Yang dapat tawaran kerja bukan main la seronok ye.. Yang bertukar, ditukar dan tertukar tu tahniah jugak la.. Hehe. Mana yang naik pangkat tu, lulus peperiksaan tu, whoa...rezeki namanya.. Ada yg belum sampai rezekinya..macam aku..harap bersabar. Hehe. Bila ada pengambilan baru, selalunya ni lah masanya yang sana nak mintak tukar ke sini,yg sini mintak tukar balik kampung. Kan?

Motif....

Haa, sebenarnya aku nak offer la kat sesiapa yang mungkin baru dapat tawaran kerja, bertukar, atau ditukarkan dan tengah mencari bilik untuk disewa. Lokasi masih lagi di Putrajaya, Presint 11. 

Bilik ni dulu, ofismate aku yang punya. Dan dia pon sekarang ni selamat sudah berpindah balik ke kampung halaman. Dan bilik yang dia duduk tu masih lagi kosong dan memerlukan penyewa baru.. 

Sewa bulanan dia RM204. Deposit masuk RM186. Tapi rumah ni tak la fully furnish. Partially je. Ada peti sejuk, daapur dan mesin basuh. Chantekk dah kot. Selagi korang tak sampai nak kena pegi cuci baju kat tepi sungai kan. 

Jadi , sesiapa yang merasakan dirinya seorang wanita, anda adalah layak untuk mengisi kekosongan bilik ini dan anda bolehlah contact line yang tertera di bawah ini... 

 ... Bukan Julai, Ogos, mahupun September.. Tapi, haa..... Yang pastinya, kemasukan adalah dengan kadar yang segera.. (Oktober).

(KEKOSONGAN TELAH DIISI)




Comments

Post a Comment

Popular Posts