expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 9, 2013

Setia

Senyum....

Wajah ni rasanya tak lekang dengan senyuman semenjak waktu menginjak jam 4:30 petang tadi... Siapa saja yamg melalui kawasan 'Kak Long' ni semuanya tak henti-henti ucapkan "Selamat Berpuasa...", "Selamat menyambut 1 Ramadan..", Ada juga, "Puasa tak besok? Nampak banyak je jerawat naik tu..."

Adehh.... 

Aku puasa. Bendaklah tu dah sebati kat muka ni. Dia memang tak nak berpisah dari pipi gebu aku ni... Biarkan je dia senang disitu. 

Awal petang tadi, mak call...


"Balik tak?"
"Tak balik la mak..."
"Tak pe la, mak pun tak de buat apa pun. Abang kau mintak mak masak sardin je  sahur besok. Rendang pon tak de.."
"Ohh.."

"Hmm..buat lah kerja tu..."
"Ok.."
"Bye, Salam.."

"Wslm.."

Semuanya beransur pulang. Awal.. Nak menyambut awal Ramadan kan.. Ofis ni pun semakin dihimpit sepi...dan sejuk. Ahh... Aku juga yang masih setia. Setia dengan bebanan kerja ni.


Oh ye... Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan yang mulia...

Hurmm... Sambung buat keje.

11 comments: