Sunday, June 9, 2013

Isu hina menghina

Lagi berita yang berkaitan isu hina mengina ni. Dui... Ini lah dia punca-punca berlaku perbalahan kaum. Sana tuduh sini, sini pon tuduh sana. Sampai bila pun takkan selesai. 

Sebelum ni aku ada terbaca isu berkaitan agenda satu kaum ni, dan sekarang timbul pula isu mencerca agama. Hmm... Adakah ni adalah rentetan dari apa yg berlaku? Sudah-sudah la. Rasanya aku hidup dalam suasana  yang aman sekarang. Saling menghormati. Tak kira warna kulit, bangsa dan kaum.  Tolong jangan gadaikan kehidupan orang lain demi kepentingan sendiri..

Aku cuma terfikir, apakah mungkin yg berlaku adalah hasil cucukan mata-mata jarum runcing manusia yang suka melihat perbalahan, tak suka hidup dalam keamanan dan ketenteraman.? Bila tengok orang lain happy, mula lah dia rasa panas bontot agaknya. Bila orang lain berbalah, dia rasa seronok dan puas hati. Dalam jiwa dia penuh perasaan cemburu, khianat, iri hati... Siapa eh yang berperangai busuk macam ni?

13 Mei 1969...




Nak ke kita lihat anak-anak masa depan menanggung kesilapan kita waktu sekarang.?

Bagi yang tak tau tentang sejarah, ringankan minda untuk baca semula kitab sejarah melayu kita.. Semoga kita akan lebih memahami dan menjiwai semangat kemelayuan ni. Hargailah perhubungan antara kaum ni..

Jadikan peristiwa yang berlaku sebagai ikhtibar dan tauladan ...

1 comment:

  1. buang yg keruh. ambil yg jernih.. bersatu lah..

    ReplyDelete