Apa kaitan CandyCrush dan Eksiden di Putrajaya ?

Ketagihan aku kali ini ialah, Candy Crush. Entah kenapa dan sejak dari bila... sampaikan waktu final semester tempoh hari aku teingat untuk main Candy Crush disebabkan tak dapat menjawab soalan. . Duh.! Parah...

Pulang ke rumah sewa, terus aku mengadap Lappy yang memang dah tersedia on. Laju tangan menaip ID dan password. Kemudian, pandangan aku terarah pada wall post seorang teman ni...

Ambulan JPAM vs Waja.....Traffic Light simpang 4 Alamanda/ Alam Shah (Putrajaya).....kejadian berlaku kira2 jam 7.45 pgi waktu tempatan.....

 Kelalaian manusia.

 Input yang minda aku terima dari bacaan komen-komen yang diorang tulis, katanya kenderaan JPAM dah pun bagi siren kecemasan masa lampu merah. Tapi si Waja hitam masih lagi meneruskan perjalanannya tanpa membunyikan siren kecemasannya. Hasilnya ini lah dia...

Dari kecik Sekolah Kebangsaan dah menerapkan langkah-langkah keselamatan. Macam mana nak melintas jalan, bersedia untuk berhenti bila lampu kuning, berhenti bila lampu merah, jalan bila lampu bertukar hijau. Beri laluan pada kenderaan yang dalam kecemasan. Budak kecik pun tau kot..

Tapi masih ada lagi yang mementingkan diri sendiri. Ohhh tak!! Mungkin dia baru pasang speaker baru, jadi pasang radio kuat untuk test power. Atau dia rasa inilah masanya nak mencuba tahap mana kepantasan dia memandu melepasi halangan kenderaan JPAM yang sedang dalam kecemasan tu.. Mungkin~  Selalunya bukan salah mereka kalau berlaku kejadian macam ni ye tak?

Apa pun, katanya tak ada sebarang kecederaan teruk ataupun yang meragut nyawa. Mungkin sekadar meragut minda dan urat saraf yang terkejut akibat kejadian sekelip mata ni. 

Buat pemandu-pemandu bertaraf Formula 1 di luar sana, saya tau ramai yang berbakat memandu 400km sejam ni. Setakat AES tu, kacang je nak lepas. Memang tak sempat dia nak snap korang dah lesap. Tapi dalam masa korang memandu tu fikirlah, orang lain punya nyawa satu je, tak macam korang yang ada extra life. Siap boleh request-request lagi kot kat orang lain macam Candy Crush tu kan.. Mati, boleh hidup balik ye tak?

pssst.... buat jg kadang-kadang bila dah lambat nak tumbprint..tapi buat melalui kata-kata je lah...

Comments

Post a Comment

Popular Posts