Little Lewey Dewey Vol.2 - Belon!

Menginjak ke angka 5 petang, otak aku mula tak boleh nak digest segala maklumat dalam dokumen-dokumen pelupusan atas meja ni.

Ouch.!!

Makin lama makin menimbun. Aku rasa tak lama dengan aku-aku sekali lupus sama dengan kertas yang tertimbun ni. 

Ahaaa..!!

Petang ni aku ada group discussion. Projek haritu dah pun dapat kata persetujuan ramai. Cuma....hmmm, mungkin ada,atau mungkin tak.. Firasat aku je yang kata mungkin ada yang agak kecewa dengan keputusan dan persetujuan ramai ni...yeke? Aku?

Mana-mana je pon aku okey. Kalo projek asal, boleh berjalan ke pantai timur. Kalau 2nd projek ni not bad... pun okay juga. Walaupun projek yang nak dijalankan tu dekat sini, tapi event dia agak menarik. Hee... Ada masa nanti aku cerita lah apa projek yang aku buat tu yep?? ** Nak promote juga. Supaya kamu orang semua dapat memeriahkan majlis gitu**

Nak bercerita sekarang, macam tak ada perasaan pulak. Feel tu tak sampai. Haa~

Ooop oww... Ini cerita pasal Zara. Ada juga yang tanya pasal si kicik ni. Ada juga yang doakan dia cepat sembuh. Alhamdulillah...Tenkyu..Tenkyu..Tenkyu..!!

Hari Isnin haritu Zara dah pun keluar ward. Alolololoooo.....

Tapi masa dia dalam ward tu, aku tak sempat nak datang melawat. Alaaa...Bizy dengan majlis kawin Yoy.! Ciyan dia. Tapi Mak Ngah dia ada runner sekejap. Dari ofis katanya. 

Dapat jugak la aku ngn cousin lain tengok di melalui picture yang Mak Ngah dia snap. 

 Yay!! Duk dalam hospital dapat belon.!

Seronoknye dia...

Dari cerita Mak Ngah dia, masuk je pintu ward, Zara buat muka surprise...

"Haa....!! Mak Nyah bawa beyon??"

Comel nye kau ni..!! Lempang nak?? Heee~

Ehem... Minggu ni plan RKP (Redah Kasi Pecah) nak bawa Zara ngan adik dia Amar pegi Zoo.  Tengok la macam mana feedback parent dia. Kalo mendapat kelulusan dari pihak ibubapa mereka, kita berjimba dekat Zoo Negara lah hujung minggu ni. Okay???!!

** Pssst....wak, nak out dulu lar. Member dah tunggu nak p discussion. Location adalah di Mekdi Ampang Park. Jom!! Jumpa di sana..di sana...di sanaaa.....!!

Comments

  1. cian dak ni..alhmdulillah kalau dah kuar wad.

    ReplyDelete
  2. olooh tomeinya...mak ngah ksi belon....siap teddy bear tu...nk jugak....hehehe....

    ReplyDelete
  3. seriuss comelll sangatttt..geramm tengokk :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts