expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 23, 2012

Ucapan Takziah di bulan Syawal nan indah ...

Setiap yang hidup di dunia ni, PASTI akan bertemu dengan hari kematiannya... Sakaratul Maut PASTI akan menjemput. Tidak waktu ini PASTI tiba jua satu hari nanti . Yang PASTI, tak siapa akan terlepas dengan salam kehadirannya ...

Semalam ...

Aku dikejutkan dengan salam yang menyayat hati dari kak ti. Ingat kak ti?

Ye, kawan baik aku dari keje kat sekolah dulu ...

Beberapa hari sebelum raya, aku dapat mesej dari Kak Ti ..

"Salam, Jiejah... Kak Ti nak btau ni. Mak Kak Ti dekat ICU sekarang. Tak sedarkan diri dari pukul 3 pagi hari Khamis haritu... Sekarang dekat Hospital Alor Star. Jiejah, doakan mak Kak Ti sembuh ye ..."
Lebih kurang kul 6-7 pagi.. lepas sahur ... Aku terkejal sekejap. Katanya, strok.. Allahuakhbar... Aku teringat kisah arwah kedua-dua mak saudara aku. Pengakhirannya adalah kembali kepada pencipta. Dan puncanya adalah Strok. 

Angin Ahmar.

Setiap kawan-kawan yang mengenali Kak Ti, aku panjangkan mesej .. Mudah-mudahan doa dari mereka dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mak Kak Ti. Insyaallah. 

Selang beberapa hari, aku mesej Kak Ti, bertanyakan khabar . Sumpah! Kalau la aku mampu, nak je aku pegi sana. Sama-sama hadapi dan jugak merasai berat beban yang Kak Ti tanggung. 

Kak Ti, aku mintak maaf ye ...

"Macam tu jugak Jiejah, takdak perubahan"

Raya pertama, aku mesej Kak Ti lagi ...

"Salam, Kak Ti, selamat hari raya... Kak Ti camana? Mak Kak Ti camana?"

"Jiejah, ayah Kak Ti jumpa doktor tadi ... Doktor cakap otak mak Kak Ti dah tak berfungsi lagi. Kak Ti tawakal je lah..."

Ya Allah, semoga diringankan beban Kak Ti dan keluarga. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan ...

...dan semalam...

Dua miss call dari Kak Ti yang rasanya aku dah sedia maklum perkhabarannya . 

7:17pm...
Panggilan dari aku berjawab...

"Jiejah, mak Kak Ti dah tak de. Baru tak sat nih... Jiejah ....."
Sampai situ, suara Kak Ti tak kedengaran lagi. Aku tau. Dia tak mampu.

Buat arwah, aku kirimkan salam dan doa untuknya.
Semoga dia tenang di sana.
Semoga ringan beban dia di sana.
Semoga dia dipermudahkan untuk bertemu dengan pencipta.
Subhanallah..

Kita semua masih lagi bernafas di bumi ini. Dan pastinya satu hari nanti akan tiba jua waktu kita... Sama-sama kita perbanyakkan apa yang kurang ...

Al-Fatihah untuk arwah.

Hari konvo. Sama-sama dengan family kakti n mak kakti (baju hijau)

3 comments:

  1. Al Fatihah....arwah atok rietta pown meninggal lepas ken strok....

    ReplyDelete
  2. salam takziah.. sedih bila baca entry ni..

    ReplyDelete