expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 10, 2014

Kad pengganti diri Tirana Aduka

"Zy, akak minta maaf banyak-banyak... Akak terbuka surat Ko. Patutnya surat personal tak boleh buka. Tapi tangan akak ni ringan je duk buka surat yang sampai..." tegur akak pembantu am di Ofis aku sekejap tadi...

Di sudut hati.....

"Surat personal?"

Pelik pula aku bila tiba-tiba terima surat yang berupa 'PERSONAL' ni.. Oh, secret admire ke? Aihh...!

Terus aku ke pigeon hole unit. Ahaa! Memang ada surat atas nama aku disitu... Haha. Betul-betul rasa bersalah agaknya kakak tu bila aku tengok sampul yang dah pun terkoyak dikemas-rapikan semula sebaik mungkin. Ringan je tangan ni mengoyakkan surat yg ditampal semula tu.

Zass...habis terbarai semula.

Oh...

 Tiba-tiba memori pada satu blog yang agak lama dah tak aku terjah mengamit di minda..
Tirana Aduka..

Apa khabar yer abang Tirana Aduka ni. Lama juga aku tak menyinggah blog dia. Masih mengajar bahasa ibunda lagi ke?

Agak-agak petang sikit lepas habis time kerja nanti aku berkira-kira tuk melawat blog abang bro ni!

4 comments: