Thursday, June 12, 2014

LET ME OUT CAMPAIGN : Pulau Perhentian

Salam,

Ingat lagi Kempen Selamatkan Penyu masa course Rekabentuk Kreative dulu ?

Kali ni aku di Semester 3,  subjek IMC (Intergrated Marketing Communication) pula mengadakan kempen SELFIE : LET ME OUT CAMPAIGN. Kempen ni dah pon selamat berlangsung di Pulau Perhentian, Terengganu dua minggu lepas.


Bertujuan mengeratkan hubungan dan mewujudkan hubungan yang sihat melalui konsep sosial dan budaya. Tak paham?? Erkk... Abaikan.

Sedia meninggalkan pintu pagar UTM. 

Sebelum bertolak, ambil gbr kenangan dulu..

Sampai di jeti Pulau Perhentian
Lebih kurang jam 7 pagi kami sampai di Jeti Pulau Perhentian di Kuala Besut. Waktu tu dah agak ramai juga orang yang tengah menunggu turn untuk naik boat ke pulau. 

Setengah jam juga menunggu baru giliran group kami berlepas ke pulau. Group kami dipecah jadi team kecil2 untuk bergerak ke pulau. Jadi dalam tempoh menunggu, sempat juga kami orang bersarapan di jeti sambil berbual dengan rakan sekelas. Ada yang dah pun beberapa kali jejakkan kaki di Pulau Perhentian ni. Dan ada juga yang baru pertama kali. Macam aku...

Suasana di jeti


Naik bot pancung untuk ke pantai
 Untuk ke pulau, boat dari jeti tak akan berhenti betul2 dekat pesisir pantai. Tapi akan ada satu boat pancung yang akan pick-up kami macam gambar atas tu... hee~
Tempat kami menginap

1 comment:

  1. owh bagus ni...lg pun dh lama xke pulau2 sb asyik naik gunung jerk

    ReplyDelete