April Fool?

Salam..

CC Cream dari Mary Kay adalah produk terbaru keluaran Mary Kay April ni. Jom jangan lepaskan peluang mengenali dengan lebih dekat CC Cream dan 8 kebaikkannya di www.intomarykay.blogspot.com 



Ok done dengan iklan Mary Kay. Jom aku bercerita tentang 1 April atau lebih senang dikenali dengan Nama April Fool.

Dari mana bermulanya April Fool ini..?

Hari ini, pernahkan anda dapat SMS, Wassap seperti ini pagi ini?

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam. SUMBER :  WASSAP

Ya, aku tak pasti sama ada ini adalah benar atau rekaan semata-mata. Namun, apa yang pasti semenjak berkurun lamanya kita umat Islam sememangnya sering diperbodohkan oleh bangsa Yahudi. Demi keseronokkan, tanpa kita sedari semakin ramai yang mengikut dan meraikan sambutan April Fool. Dan kita telahpun di 'April Fool' kan saban tahun kerana menyambut April Fool. Bodoh nampaknya di situ.

Jom kita beralih pada fakta ini pula,

Tapi dalam semua catatan dan teori, ada satu teori yang paling popular tentang permulaan April Fools adalah Teori Perubahan Kalendar. Teori ni berdasarkan kejadian pada kurun ke-16 di Perancis. Pada tahun 1564 kerajaan Perancis telah merombak tarikh kalendar iaitu dengan mengubah tarikh awal tahun dari hujung bulan Mac ke 1 Januari (sebelum itu tahun baru disambut di antara tarikh 25 Mac-1 April). Tapi ada di antara rakyat Perancis yang tidak tahu tentang rombakan itu dan yang degil untuk berubah ke tarikh tetap menyambut tahun baru pada tarikh antara 25 Mac ke 1 April, kumpulan ni telah diusik oleh org ramai yang telah menerima tarikh baru, usikan berbentuk dengan secara curi-curi org2 yg suka mengusik tu telah melekatkan ”paper fish” pada belakang org yang menyambut tahun baru pada tarikh lama tersebut. Mangsa2 usikan ini digelar Poisson d’Avril, atau April Fish, dan sampai skrg ia menjadi istilah April Fools kepada org2 Perancis. SUMBER : Dunia Dari Mataku

Hmm... Apa yang pasti dalam kalender Islam tiada istilah April Fool, Valentine dan sebagainya. Tak perlulah kita teruja untuk menyambut dan mengingati.

Adalah lebih baik mengingati Ramadhan yang bakal menjelma nanti..

# Pssst..... dah ganti puasa ke semua?? 

Comments

  1. time budak2 dlu adalah berapril ni sbb tak tau..skg dah wat tak reti je psl tu..huhu

    ReplyDelete
  2. betol3...hehe xlm nk pose xabes ganti lg nih...ngeee

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. singgah menabung Herbal-Essences ~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts