Nurul Nadirah, kejamnye!

Dah baca paper? 

Tak dapat nak beli, online pun jadik ler.. Penuh tajuk-tajuk hot pasal kes kematian adik Nadirah tu. Ada yang semalam aku baca satu artikel tu kata kes ni dah bertukar dari kes kehilangan kepada kes pembunuhan. 

Ada juga yang buat laporan katanya adik ni kene culik. Motifnya? Dendam.

Sampai arini motif kes ni tak dapat dipastikan lagi oleh polis. Jadi jangan wat spekulasi ye. Yang aku takleh blah sekali, bila baca satu artikel ni, katanya ada status fesbuk yang sebarkan mengatakan mak dia duk sebuk main fesbuk masa anak dia hilang? Adoiii!!! Ehhh kalau betul lah, mak dia ni memang patut kene carutan berpanjangan, kan.. KALAU BETUL LER....

Dah le suruh anak dia pegi beli meggi dengan telur sendiri. Hello, budak tu umur 5 tahun okey, macam-macam boleh jadi kat luar sana tu. Nak pulak zaman sekarang yang penuh dengan dangeres ni. Kalo umur 7 tahun pun boleh hilang, inikan 5 tahun. Kan?? 

Sumber : Berita Harian
Dirang dibunuh, dibakar

Bukan nak salahkan mak ayah zaman sekarang ni. Tapi ye lah, kalau yang berfikiran macam ni,  "tak kan ada apa-apa berlaku", "ala... takut sangat", apa semua... Dik, zaman sekarang tak sama dengan zaman kita dulu-dulu. Kalau dulu, memang aku ingat mak aku ada gak suruh pegi beli kelapa parut kat kedai Sakina depan tu masa aku umur dalam 6 - 7 tahun. Pegi sendiri bawak senarai barang apa yang nak beli. Tapi tu DULU dek..... Mana ada kes-kes jenayah tegar macam sekarang ni, mana ada kes rogol bersenjata nih, kes culik dan bakar nih (bukan tak ada, mungkin ada tapi bilangan dia tak teruk macam sekarang.)... dan dulu mana ada fesbuk untuk mengisi masa terluang selepas penat buat kerja rumah. Nak dengan tak, kita patut alert dengan persekitaran, awasi mana anak-anak pergi, pastikan keselamatan dia. Tahu mana dia pergi. Sentiasa bersama anak-anak. 

Sumber : My Metro
Dirang dibunuh
Ermm... Dah la, kita pun tak boleh nak salahkan family dia juga dalam hal ni. Tak boleh jugak nak menunding jari ke arah keluarga dia, especially mak dia. Segalanya dah pun berlaku dan itu ketentuan yang Maha Esa. Dah tersurat takdir adik ni macam tu, pergi dia adalah dengan keadaan yang sebegitu. Kita sendiri pun tak akan jangka macam mana nasib kita pula. 

Sumber : Utusan Online 
Nurul Nadirah dibunuh, dibakar
Apa pun, kita masih boleh berusaha menghindari perkara buruk macam tu. Berusaha menghindari okay. Kita sayang keluarga kita, jadi awasi anak-anak kita supaya tak terjadi perkara-perkara macam ni pada keluarga kita. Jadikan ni semua sebagai ikhtibar dan peringatan untuk kita lebih berhati-hati. Dekat luar sana dah kurang rasa selamat. Manusia zaman sekarang macam-macam. Tak boleh nak jangka apa terjadi. Mudah-mudahan kita dan keluarga sentiasa dalam perlindungan yang Maha Esa dan semoga pembunuhnya mendapat balasan di dunia dan akhirat.. 

Merasa lah kau!!

Comments

Post a Comment

Popular Posts