"Aku nikah akan dikau"
Selalu tak de jiwa pun nak pegi Majlis Bicara Wahyu mcm ni. Tiba-tiba.. Jumaat sudah turun wahyu kat hati aku bila baca tajuk tazkirah Jumaat haritu, "Aku nikah akan dikau"...
Wahhh...... nak pegi! Nak pegi!!
Sangat gatal kan.?
:o
Korang tau, banyak manfaat sape yang pegi dengar ceramah tu. Bukan sebab gatal ke apa. Tapi apa yang disampaikan tu semua adalah fitrah kehidupan kita sebagai manusia. Ada isi. Apa yang penceramah tu perkatakan tu semua berlaku dalam kehidupan kita. Bukan semestinya related dengan perkahwinan semata-mata , tapi segalanya. Baik buruknya menikah muda, perceraian di awal perkahwinan, tak ada persefahaman dalam perhubungan, saling berkongsi, saling memahami. Give n take... Semua rencah hidup yang perlu ada dalam sesebuah ikatan.
Ada juga dia sentuh bab hukum.
Ya hukum... Hukum pernikahan dalam Islam. Ala... pasal siapa yang WAJIB, SUNAT, MAKRUH, HARAM menikah lar....
Korang tau? Tau siapa yang DIWAJIBKAN berkahwin? Siapa pulak yang DISUNATKAN, MAKRUH, HARAM berkahwin? Apa ciri-ciri kesemua hukum tu?
Nak tau? Meh aku summarize cikit...
WAJIB bagi seseorang tu berkahwin sekiranya ....
1. DIA BERKEMAMPUAN DARI ASPEK KEWANGAN, DAN HIGH RISK UNTUK TERJERUMUS KE LEMBAH PERZINAAN. Ingat tu ea...
SUNAT bagi seseorang tu berkahwin sekiranya ....
2. DIA BERKEMAMPUAN DARI ASPEK KEWANGAN, TAPI MASIH BOLEH MENAHAN DIRI DARI TERJEBAK DALAM PERBUATAN ZINA. KAT SINI FAKTOR USIA TU JUGAK MENJADIKAN SESEORANG TU TERGOLONG DALAM KATEGORI SUNAT NI.. Maksudnya dia masih lagi muda dan nak berbakti kepada keluarga dulu ke kan...
HARAM bagi seseorang tu berkahwin sekiranya ....
3. YANG PERTAMA, DIA TU TAK MAMPU BAGI NAFKAH. Nak menampung kos hidup sendiri pun tak mampu. Inikan pulak nak menampung hidup orang lain kan.... YANG KEDUA NI PULAK DIA TAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL. MEANS DIA ADA PENYAKIT YANG BOLEH BERJANGKIT ATAU YANG BOLEH MEMUDARATKAN ORANG YANG SEHIDUP DENGAN DIA...
MAKRUH bagi seseorang tu berkahwin sekiranya ....
4. DIA TAK BERKEMAMPUAN DARI SEGI KEWANGAN ATAU DALAM PERHUBUNGAN SEKSUAL.
WALAU MCM MANE PUN, KALO CALON ISTERI DIA RELA DAN MEMPUNYAI HARTA YANG MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN MEREKA, WHY NOT?? TAPI, MASIH LAGI MENJADI RESPONSIBILITI SI SUAMI YEP UNTUK MENANGGUNG ISTERI DARI ASPEK MEMBERI NAFKAH NIH DAN REALITI INI YANG MENJADIKAN HUKUM PERNIKAHAN TU SEBAGAI MAKRUH...
HARUS bagi seseorang tu berkahwin sekiranya ....
4. DIA BERADA DALAM POSISI TENGAH-TENGAH IAITU ANTARA SITUASI YANG MENDORONG KEHARUSAN DIA UNTUK BERKAHWIN DANGAN SITUASI YANG MENCEGAH DIA DARI BERKAHWIN. MANUSIA YANG DALAM SITUASI NI TAK DISARANKAN UNTUK SEGERA BERKAHWIN, TAPI TAK ADA LARANGAN SEKIRANYA DIA NAK BERKAHWIN.
So, korang dekat situasi yang mana??
Hmmm..... ;P
Renung-renungkan dan selamat beramal...!!
yg mana ea..biarlah rahsia..haha.
ReplyDeletebila sebut pasal aspek kewangan... ermmmm???? cam tak cukup lagi la...
ReplyDeleteak trima akan dikau...hehehe
ReplyDelete