Hey, Raya lah..!! Part 3

Salam,

Tolong...tolong jangan jerit-jerit ye...
Aku tau, aku tau yang entry aku sangat over bajet harini...
Bukan takat over bajet, malah over expose juga... 



"Iwan, sila amik gambar akak menampakkan akak kurus dari biase.. Kalo akak melebihi diameter yang diperlukan, sila padam okey.. "

Dan, hasilnya, Tak membanggakan! So. PADAM!!

Ok.
Gambar aku tak ada...
Bukan, gambar sorang ...

Sempena Lebaran yang mulia ini, entry kali ni aku akan membawa korang semua ke dalam keriuhan, kemeriahan sebuah family yang perlu aku namakan sebagai Family Aku. Ahhaa... diorang ni nak juga gelemer sekejap kan...

Dan ini, meh aku kenalkan ... 

Mohammad Ridhwan Mohd Aminuddin, anak pada Pak Uda. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Apa yang menarik tentang dia semenjak aku kecik dulu, setiap kali balik kampung, tak sah kalo dia tak ajak aku ngn abang aku naik kereta dia.. Kalau tak naik mau sampai KL dia menangis. Sentap bapak dia dengan perangai dia nih. Sekarang umur dia dah 24 tahun tak silap aku. Cita-cita dia nak jadik macam abang aku ... <yes, im proud to be her sista..>

Yoy, nickname dia dari kecik... Tapi akhir-akhir ni, <time raya ni la maksud aku>... dia berubah. Tak nak orang panggil dia Yoy lagi... Pelik.! Lebih ketara bila keluar je iklan filem Karipap-karipap Cinta, tiba-tiba dia cakap dengan aku,

"Kak Ijah, mulai sekarang jangan panggil Yoy dengan nama Yoy lagi.! Tolong...tolong panggil Yoy dengan nama Gambit...Gambit Saifullah"

 Sakit ...

Hasil dari jagaan mak aku selama beberapa tahun, inilah hasilnya... 


Dan ini adik dia... Yie!
Masa kecik mak aku jaga dia, air liur dia tak henti meleleh .. Kata orang tua-tua, nak hentikan pengaliran air liur tu kene curi garam dekat dapur orang.? Ye.! Sampaikan mak aku nyusup dalam kedai apek curi garam. Tapi masih juga tak berhasil.. Akhirnya, bila dewasa kesan daripada lelehan air liur tu kekal sehingga dia menginjak remaja.. <kelas ayat ko Jah..>. 

Bibir dia sikit leweh ke bawah.. Ahaaa...gambar ni dia cover je tu... Cuba korang tengok face to face ...!


Bajet Awal Ashari...
Tu lah dia Hashry Bongsu.

Okey, cukup la 3 ni dulu... Mana korang berkenan, sila tinggalan no phone ye...kihkihkih..~~

Comments

Post a Comment

Popular Posts