jUST bEGIN ...

Salam,

Peeps ... Arini aku dah nak gerak ke JB... Wehewww.... Finally aku konvo juge.!
 
 Dalam kul 4 Insyallah aku gerak dari sini. Besok tentatif program dia dah bermula.! 

Teruja? Sangat keterujaan!!

Hehe.. Mesti lol.. ! Penat tau kerja sambil belajar ni.. 4 tahun aku bergelumang dengan buku, masa yang terhad, kehidupan sosial terbatas, duit poket cukup-cukup makan, apa lagi? Hanya kerana segulung Diploma. 

Diploma? 

Orang akan kata Diploma je, bkn Degree pun? Ye tak..! Tapi segulung Diploma tu amat-amat bermakna buat aku. Memang ramai yang sekarang ni pun dah ada Degree kan, aku setakat Diploma baru lepas. Tapi perjalanan hidup kita berbeza. Aku mungkin tak se senang diorang tu, juga tak sebijak mereka untuk terus ke Degree. Halangan untuk aku dapatkan apa yang aku nak buatkan aku cukup hargai apa yang aku ada sekarang.. Dan finally...inilah hasilnya. Aku bakal Graduan.! Dan insyaallah, ada rezeki lagi tahun depan pasti aku mau sambung lagi.! 

Baiklah, segulung penghargaan ucapan Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat mak, ayah aku especially. *semua ni adalah untuk mereka, dan aku tak pernah ragu-ragu tentang itu!!* Abang aku yang banyak berjasa time-time kesesakan wang ringgit di tengah bulan. Family, juga kawan-kawan yang sentiasa bg support untuk aku terus belajar.! Dan terus belajar, meskipun ada satu part dulu aku pernah nak berhenti. Letih, aku cakap.~

So, bagi mereka yang ada intend untuk belajar, belajar lah... Ilmu tak pernah ada expirednye... Manusia ni pun ada expired juga tau...*bila dekat monopos tu* muekekeke~


Teringat, masa aku sekolah dulu, kata-kata arwah tok aku,

"Dik, belajarlah sampai mana pun... pergi lah mana nak pergi.! Zaman sekarang org pompuan bukan duduknya dekat dapur je.."

Tapi, masak tu kene pandai juge...! Erkkk.....larikkkkkk !!

legnOte : Jadi, mulakan langkah korang dengan keyakinan untuk berubah.! Kalo kita tak ubah diri kita sendiri siapa lagi kan?? 
Ilmu takkan pernah hilang di mata dunia...

Comments

  1. tahniah....

    jgn selalu pandang ke atas, sampai tak nampak ape yg kat bawah....ramai lagi yg hanya stakat SPM je...

    bile kat atas, jenguk2 la ke bawah jugak...hehehe

    (juga peringatan utk diriku sendiri)
    heeeee


    to my new entry - Acapsuur (>,<)

    ReplyDelete
  2. congratulation aze..ada rezeki sambung la lgi.. =)

    ReplyDelete
  3. segulung tahniah buat cik Muda... semoga impian dan cita2 selepas ini akan terlaksana.. amin

    ReplyDelete
  4. tahniah la adik manis... pas nie apa lagi... open table laaaa.... suh nor belanja...muahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts