Tazkirah diri sendiri.!
Setiap manusia dalam dunia, Allah SWT jadikan dengan sifat yang berbeza, zat yang berbeza. Tak ada satu pun yang sama.. Itu adalah keunikan setiap kejadian yang Maha Esa ciptakan. Apapun yang diberikan oleh yang berkuasa itu, perlulah kita hargainya. Kerana apa yang diberikan itu hanya pada kita seorang. Takkan ada pada orang lain..
Meskipun apa yang diberikannya merupakan kepayahan yang mampu membuatkan kita memberontak, berdendam, juga membenci. Tapi terangilah segala kepayahan tu dengan kesenangan. Tuhan tak bagi kepayahan tu selamanya tanpa ada reward di akhirnya.
Yakinlah padaNya, nescaya keberkatan hidup di dunia, dan kesenangan di akhirat adalah ganjaran yang bakal kita terima!
Paling penting doa! Sentiasa berdoa dan terus berdoa! Jangan pernah sedetik lebih ada perasaan kecewa terhadapNya kerana doa kita masih belum dimakbulkan..!!
Sabar, rewardnya besar..!!!
_______
legnOte : Buat diri sendiri, ini adalah cabaran dan dugaan untuk aku yang harus aku tempuhi, semoga tabah menempuhinya...Amin.!
nice..
ReplyDeletekdg2 kena mengingatkan kpd diri sendiri juga.. bukan nk ingtkan org lain juga.. :)
yep..! perlu persiapkan diri sendiri dulu.~
ReplyDelete