Review Filem : RIO

From the creators of ICE AGE, presented ...

Ha...dah lama tak menonton wayang kan? Muvie rebiu pun dah lama tak buat. Last aritu pun adalah filem Hikayat Merong Mahawangsa, the epic true story.

Kali ini aku berpeluang menonton RIO, bersama-sama Scha, Ibu & Papa Zara ...



Filem ini adalah berkisar tentang seekor burung Nuri yang terpisah kasih sayang dari habitatnya 15 tahun dahulu akibat dari kemalangan yang tidak disengajakan. Kemudian dijumpai oleh seorang kanak-kanak, Linda dan kemudian dijaga sehingga dewasa. Burung tu diberi nama Blu. Hidupnya bertemankan tuannya sahaja sehinggakan tidak melihat dunia luar, juga tidak mampu untuk terbang sendiri di angkasa seperti burung-burung lain. Sering di ejek oleh kawan-kawan lain. Dia juga merasakan dirinya adalah dari spesis seekor burung unta, ayam, itik, kerana memegang prinsip yang tidak kesemua jenis burung boleh terbang.!Kau dah kenape??



Suatu hari beliau dan tuannya dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang menggelarkan dirinya pegawai reptilia dari Rio DeJenireo, Brazil yang mencari seekor lagi jenis burung nuri berwarna biru yang hilang dulu. Dan ditawarkan ke Rio kerana mau membiakkan habitatnya yang semakin pupus. 



Ehh ... skema habis pulak aku. Okay lah, kau orang pergi la tengok sendiri muvie ni. Takkan aku nak cerita kan ... Tak syok lah. Cuma, aku kalo tengok cerita movie kartun dalam panggung ni macam sikit mengantuk. Hehe... Adalah sekali dua tu terr-tak-sengaja terlelap. Tapi best sebenarnya cerita ni, if kau orang yang memang layan movie kartun macam ni.. Okay..!



Dah tu apa lagi? Pegi la gsc.com.my tu, reserve tiket ... Senang beli je online ... Kata dunia di hujung jari ...

Kelas kau Maria!

Comments

  1. hari tu aku ada gak tengok preview Rio ni.. mmg lawak gila. nanti nak tengok full filem nya plak.. mesti lucu2 tu kan

    ReplyDelete
  2. lucu dan comel..sebab dia ada perception berbeza ngn burung lain pasal terbang but at last, dia bole terbng juga...hihi...tercerita lak....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts