Travelog Hong Kong : Disneyland
Salah satu sebab kenapa aku pilih Hong Kong sebagai lokasi percutian meskipun hati ni tau yg makan susah dan nak berry-berry pon amatlah payah adalah kerana ini...
Disneyland Hong Kong..!
Di stesen admiral Sebelum naik train mtr ke stesen disneyland..
On my way. jumpa Mickey!
4 November 2013. Awal pagi lagi kami dah bersiap sedia. Selesai tukar Ringgit Malaysia ke HK Dollar, kami berjalan menyusuri deretan kedai yang baru mula beroperasi. Cuaca agak dingin pagi tu.. Tapi menurut ramalan kaji cuaca, waktu tengahari agak panas. Ya, panas...
Perjalanan hari ini, kami dah pun berkira-kira. Apa yang akan kami makan hari ini, makan bersama-sama, apa yang kami ada (duit) akan kami kongsi bersama... Andaikata salah seorang yang tak makan, biarlah tak makan sama... Yang penting, asal semuanya sama.
Cerita tentang duit Ayu hilang semalam (waktu tiba di HK) dah pun selamat sampai ke Malaysia. Itu pun disebabkan Dekya tersalah send di wassap group'. Jadinya, banyak feedback yg agak memberangsangkan dari Malaysia... Jangan bimbang, memang inilah yang dikatakan percutian bajet. >_<
Bajet bidadari di situ ye...
Berbaris tunggu turn untuk naik grizzly mountain...
Si Goofey ni elok sket nak dibanding dengan perangai Pluto
Seharian kami di Disneyland. Bemain itu dan ini, pening, muntah semua ada.
Menjelang malam baru kami bertolak balik ke hotel setelah membeli belah cenderahati yg tak seberapa..
Balik dan rest!
Comments
Post a Comment