Travelog Hong Kong : Cantik, tapi....

Travelog yang aku sembangkan ni bukanlah TIPS-TRAVEL-KE-HONG-KONG ke tapi sekadar catatan pengalaman aku sepanjang berada dekat sana. 

Untuk rujukan, mana tempat nak dilawati atau apa preparation lain seperti tiket MTR, kat mana nak belinya, macam mana nak beli internet, kad Octopus dan lain-lain, boleh la rujuk pada blog FL atau blog-blog lain antaranya BagpackerBusuk yang mana preparation aku pun segalanya bergantung pada tips and trick dalam blog mereka ni.

So, aku sampai lebih kurang jam 540 petang di HK Internasional Airport. Setelah siap membeli-belah barangan yang patut seperti traveling ticket dan internet sim card untuk digunakan sepanjang 4 hari berada di sana aku terus bergerak ke Hotel penginapan di Chunkin Mansion, Tsim Sha Tsui. Ok, kat sini adalah tempat yang aku rasa sangat chaos and crowded... 

Pandangan dari Hong Kong Cultural Center  

Selesai dapatkan kunci bilik, kami keluar semula untuk melihat permandangan tengah malam di HK. Signature city of HK.. Dari sini sepatutnya aku dapat melihat kemeriahan bunga api yang diorang panggil Symphony of Light. Tapi malam tu tak ada pula percikan bunga api. Mungkin sebab dah agak lewat kami sampai. Sightseeing...sebelum kami memulakan journey esok paginya. 



See? Bangunan belakang tu adalah salah satu bangunan kebanggaan rakyat HK. Bangunan bank of china. 


Kami Di bangunan Hong Kong Cultural Center. 

Berjalan mengelilingi bandar cahaya sambil menghafal laluan perjalanan untuk ke MTR.



Salah satu yang menarik di Tsim Sha Tsui ni adalah Avenue Of Star. Ia Lebih kurang macam Hollywood walk of fame. Malangnya aku tak dapat nak jejakkan tapak kaki di situ kerana cuaca yang tak mengizinkan.. Hujan...

Pada malam ni, aku mula mengenali sikap sebilangan rakyat tempatan yang sangat ... -,-! Huh...

Comments

Popular Posts