Jom bersenam!!

Bersenam ..

Merupakan aktiviti mingguan aku semenjak dua ni. Pfftt....


"Cam bagus-bagus je kau ni buat entry kesihatan"

Orang kata  senaman lebih baik dijalankan 3 - 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar lebih berkesan. Ya, dengan bersenam badan akan menjadi cergas, otak juga akan menjadi cerdas. Nak2 waktu hujung minggu macam ni. Takkan la kau orang nak melepak menepek je dalam bilik dua hari berturut2...kan? 

Dengan mengamalkan senaman, kita dapat mengurangkan paras gula dan lemak dalam badan. Bersenam juga dapat membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh. Dalam pada tu juga kita boleh mengawal berat badan. Haa ni yang best... Bersenam juga mampu mengurangkan tekanan jiwa ye. 

Andaikata korang sedang putus cinta, ditinggalkan kekasih atau cinta tidak berbalas, kurangkan lah tekanan jiwa tu dengan bersenam. Hehuu ~,~! Betul. Sekurang-kurangnya waktu akan terisi juga dari kau orang duduk dalam bilik meratapi kesedihan dan menganggap dunia korang akan berakhir tanpa kekasih hati korang tu kan... Tak mau macam tu laaa... 


Tempat yang aku suka untuk beriadah adalah di sini ..





Lokasi dia adalah di Presint 9, Putrajaya. Berdekatan dengan petronas. Berdepan dengan flat hijau yang sangat fames tu. huhu~ 

Kalau korang berada berdekatan sini, boleh la join aku beriadah sambil mencuci mata bersama. Wehewww.... 

**pssst...khas untuk yang bujang je ajakan tu yer...hihihi~

Comments

  1. aku suka jogging... kerana boleh cuci mata!

    ReplyDelete
  2. ahahahaha....cuci mata eh T.K.... bahaya ni....kikiki~

    ReplyDelete
  3. besnyee joging.. hehe sure bole kurus kan ? aiyak da bp lma mar x joging neh :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts