Salam Jumaat # 100 Hari
Email dari UKP tentang pemergian anak seorang pegawai kat ofis ni, buatkan perasaan aku berbaur. Ahh... Setiap manusia di dunia ni antara cepat atau lambat pasti akan mengalami proses berpisah antara roh dan jasad. Yang pastinya, itu janji Allah SWT. Dan janjiNya pada anak kecil tu adalah 2 bulan di dunia dan selebihnya dia akan kembali semula ke tempat asalnya. Dan kita? Tau ke apa janji antara kita dan Allah dulu? Sewaktu kita bersetuju sebelum roh ditiup ke dalam jasad ini? Sesungguhnya aku teringat tentang satu drama TV1 tak lama dulu. 100 hari tak silap tajuknya.. Dalam drama tu, memaparkan tentang 100 tanda di saat kematian menghampiri agar kita sentiasa sedar tentang kematian yang pasti.
Untuk perkongsian dengan korang, aku google TANDA 100 HARI SEBELUM TIBANYA SAKRATULMAUT tuk tatapan korang di pagi Jumaat ni. Bagi yang dah tengok drama 100 hari tu, semoga segala yang di tayangkan menjadi iktibar buat kita semua.
“Tanda 100 hari sebelum ajal tiba”Ini adalah tanda pertama dari Allah Taala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimana semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya saja mereka sedar atau tidak. Tanda ini akan berlaku kepastiannya selepas waktu Asar, iaitu :-Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan cermat kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar tersirat di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap sia-sia begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafa’atkan sisa umur yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
“Tanda 40 hari sebelum ajal tiba“Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada saat itu daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah Taala. Maka malaikat Izrail pun akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan-nya ke atas kita diantaranya, Malaikat Maut/ Izrail akan mula selalu mengikuti/ mengintai kita sepanjang sisa-sisa umur kita. Dan Akan terjadi Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu tak nampak lagi dan bila ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi berkuasa untuk mencabut nyawa bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya seizin Allah Taala.
“Tanda 7 hari sebelum ajal tiba”Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba dia (yang sakit) berselera untuk makan. Tanda 3 hari sebelum ajal tiba. Pada saat itu mereka akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu, diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini kita rasakan, maka berpuasalah kita setelah itu. supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. saat juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh ke depan (berubah menjadi agak sedikit mancung dan mengkeru) telingannya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. telapak kakinya yang terlunjur akan lemas dan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
“Tanda 1 hari sebelum ajal tiba”Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang, iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
“Tanda akhir”Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bagian pusar hingga ke tulang sulbi dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian hulkum 9 kerongkong). Detik-detik itu hendaklah kita terus mengucap kalimat syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Izrail/ malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Taala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
legnOte : Kawan-kawan, semoga kita semua tak lalai dalam mengharungi secebis sisa hidup di dunia ini...
Huhuhuhu... tetiba ahkak install mood muslimah...
ReplyDeletebegitulah tandanya..
ReplyDeleteal-Fatihah utk arwah..
uuuuuu takutnye baca.. suatu saat nanti.. tea akan susut dan tiada lagi .. abis...
ReplyDelete