Untitle...aku tak tau nak bubuh tajuk apa.!
Morning....~
Kalau ada sesiapa yang pernah datang ke blog Nuyui, haruzzs dia dah tau yang ini adalah salah satu dari entry dia..! Dan aku copy paste aje dari entry dia with permission hokey.!
Tak perlu beria-ia nak percaya ke pe. Sekadar baca dan mengisi masa..~ Jom!
Fakta ni bila dibaca kebanyakkannya adalah lebih kepada lelaki.! Tapi tak betul sangat lol...
Kalau ada sesiapa yang pernah datang ke blog Nuyui, haruzzs dia dah tau yang ini adalah salah satu dari entry dia..! Dan aku copy paste aje dari entry dia with permission hokey.!
Tak perlu beria-ia nak percaya ke pe. Sekadar baca dan mengisi masa..~ Jom!
- Lahir pada 1 haribulan – Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
- 2 haribulan – Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
- 3 haribulan – Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
- 4 haribulan – Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
- 5 haribulan – Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
- 6 haribulan – Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
- 7 haribulan – Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.
- 8 haribulan – Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
- 9 haribulan – Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
- 10 haribulan – Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
- 11 haribulan – Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
- 12 haribulan – Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
- 13 haribulan – Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
- 14 haribulan – Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
- 15 haribulan – Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
- 16 haribulan – Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
- 17 haribulan – Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
- 18 haribulan – Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
- 19 haribulan – Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.
- 20 haribulan – Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
- 21 haribulan – ‘Angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
- 22 haribulan – Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
- 23 haribulan – Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
- 24 haribulan – Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
- 25 haribulan – Gembira dan gemar berlawak.
- 26 haribulan – Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
- 27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya
- 28 haribulan – Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
- 29 haribulan – Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
- 30 haribulan – Boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.
- 31 haribulan – Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
Fakta ni bila dibaca kebanyakkannya adalah lebih kepada lelaki.! Tapi tak betul sangat lol...
mmg xleh cya sgt pon =)
ReplyDeletep/s: xtau kat syieda..cer ckp kat s.box dia..
nape cik muda??link with ni just sesetengah entry ea.. xpon letakla yg setting kat blog tu..ape namanya tu..lpe lak..