AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??
~click banner~
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.... (Aihhhh...!)
10 tahun lalu....
Rabu, 6.6.2001
Pagi tu ada perhimpunan dekat sekolah seperti biasa. Aku masih lagi berdiri di barisan kelasku. 5M (bukan nama kelas sebenar) - kelas paling nakal aku rasa yang di duduki oleh 19 orang. Kerana hanya 7 orang pelajar perempuan dalam kelas tu termasuk aku. Selebihnya adalah pelajar lelaki dan majoriti pelajar tersebut adalah pengawas sekolah. Tapi, Nauzubillah~
Seperti 2 minggu lalu, aku masih lagi mencari kepastian gossip yang teman-teman kelas aku hangat perkatakan. Dia mengandung!! Erkkk... Memang tak nampak pun kalo dilihat dengan mata kasar..! Tapi harini, aku perhatikan sekali lagi. Angin bertiup. Dan aku perhatikan perutnya... YA!!!! Sahih, perut dia tak macam orang lain lah.. Memang nampak kalo di perhatikan betul-betul... Jadi, betullah cerita gosip yang tersebar selama dua minggu ni, selama dia mula masuk semula ke sekolah...Setelah sekian lama dia tak datang.. Entah kenapa, aku tak pasti!
"Dia mengandung"
"Abis, selama ni dia tak datang kenapa?"
"Itu aku pun tak sure, budak kelas tak pulak cerita pasal tu.."
"Hmmmm..."
"Yang aku tau, selama dia tak datang sekolah sebab dia sibuk jadi modelling...Orang cantik kan..."
"Dah termengandung ni datang kelas la pulak.."
Tu cerita dari member kelas sebelah aku. Aku tak sure sangat hal tu. Atau aku sendiri memang tak amik tau hal dia... Whatever...~
13 Jun 2001....
Pengumuman sedang ke udara di speaker sekolah...
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada semua pelajar. Dipohon untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan seorang sahabat kita yang sedang terlantar di hospital saat ini kerana telah mengalami satu kemalangan jalan raya pada petang semalam.. Semoga kesihatannya kembali pulih. Beliau sekarang sedang menerima rawatan di HKL, sekiranya sesiapa yang ingin melawat, bolehlah melawat selepas waktu sekolah tamat pada hari ini...Sekian"
Aku, juga beberapa teman lain terdiam dengan pengumuman tu. Rupa-rupanya dia yang aku perhatikan sejak dua minggu lepas mengalami kemalangan. Jantung aku seakan tak berfungsi. Astaghfirullah Hal Adzim..!
Petang lepas sekolah kami sama-sama melawat dia di HKL. Alhamdulilah keadaannya stabil, meskipun kecederaannya agak teruk. Ibu jari kaki kiri patah dan lutut masuk besi. Anak dalam kandungan juga tak dapat diselamatkan. Namun dia masih lagi boleh bergelak ketawa saat kami melawat dia waktu tu.
Petang tu sempat juga dia bercerita saat kemalangan berlaku. Katanya, dia dan boifren menaiki motor melalui selekoh kemudian secara tiba-tiba satu kereta dari arah bertentangan menghala kearahnya. Dia tak sempat mengelak lalu tercampak ke arah sebuah van yang berhenti di bahu jalanraya. Dia terperusuk di belakang van tersebut lalu tidak sedarkan diri.
Allahuakhbar...! Kami turut merasai kesakitan tersebut..!
Sewaktu dia bercerita masih lagi sempat bergurau yang kasut Guess yang dipakai sewaktu kemalangan berlaku baru sahaja dibeli. Dan masih lagi sempat memikirkan kasut tersebut sewaktu berlaku kemalangan itu. Ceritanya kami susuli dengan ketawa kecil. Sewaktu pulang, dia sempat meminta kami semua menyanyikan sebuah lagu untuknya.. Tapi sewaktu itu, tidak seorang pun yang teringat akan lirik lagu yang dipinta tu.. "Pergi Tak Kembali"
16 Jun 2001
Pagi ni, sekali lagi kami melawat dia di HKL.. Kerana semalam terdapat pengumuman di sekolah di mana doktor mengesahkan yang dia dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Betapa susahnya nak masuk ke wad tempat dia ditempatkan. Mujur adik angkatnya membantu kami menyusup masuk melalui jalan belakang. Sesampai di wad yang ditempatkan, kami terkejut kerana keadaan dia amat kasihan. Betul-betul berubah..! Dari seorang yang amat kurus, boleh membesar dua kali ganda badan asalnya. Kata doktor sewaktu kemalangan, paru-parunya tercedera. Setelah beberapa hari baru doktor dapat mengesan kecederaan dalaman tersebut yang sudah membengkak kerana tidak mampu menampung proses pengaliran darah. Injap juga sudah tidak berfungsi mengakibatkan kukunya menjadi biru, darah berkumpul di rongga mulut dan terpaksa disedut secara manual. Dia memang sudah tiada harapan.. Harapannya hanya pada alat bantuan pernafasan.. Namun hayatnya masih ada..Nafas masih belum putus...
Kami menanti sehingga dekat waktu maghrib. Sempat kami membacakan surah Yassin untuk memudahkan dia pergi. Ibunya sentiasa disisi semenjak doktor mengesahkan yang dia tiada harapan untuk pulih melainkan kekuasaan Allah SWT.
"Dik, mengucap dik.....ikut mak baca ni..
Asyhaduallailahailallah Waasyhaduannamuhammadur Rasulullah...
Asyhaduallailahailallah Waasyhaduannamuhammadur Rasulullah...
Asyhaduallailahailallah Waasyhaduannamuhammadur Rasulullah..."
Astagfirullah, sempat aku beristirghfar. Andainya mak aku ditempat mak dia, betapa luluhnya hati mak. . Dan aku lihat mak dia betul-betul tabah menerima ketentuan illahi.
"Dik, adik tau kan mak sayangkan adik, sayang sangat adik... adik mengucap ye... Mak ampunkan adik, mak halalkan susu mak yang adik munum dari kecil... mak halalkan segala makan minum adik dari kecil hingga besar. Mak ampunkan segala dosa adik..." sambil mengusap-usap dahi anaknya tu.
Aku tak sanggup melihat dan dengar luahan mak dia waktu tu. Lalu aku dan teman-teman mengambil keputusan untuk pulang..
Dalam perjalanan pulang, sempat kami bercerita, apa sebenarnya yang berlaku, bagaimana keadaan anak yang dikandung. Rupanya dia dan teman lelakinya terlanjur hingga dia mengandung. (kemudian baru bernikah) Setelah mengandung barulah dia kembali ke sekolah, al maklum juga tinggal beberapa bulan kami akan mengambil peperiksaan SPM waktu itu. Sempat juga aku bertanya, di mana teman lelaki dia waktu dia terlantar?
"Budak laki tu mak dia dah pindahkan ke Tawakal. Katanya selesa sikit..."
"Abis, Lees (bukan nama sebenar) stay HKL la??"
"Entah, lagi pun mak lelaki tu tak nak anak dia jumpa Lees lagi.."
"Selama Lees ada dekat HKL, sekali je budak laki tu datang jenguk..sampai harini tak datang dah"
"Ya Allah..!!"
"Tau tak, masa kemalangan berlaku, bayi dalam kandungan tu terkeluar.."
"Astagfirullah..!!"
Sesungguhnya Allah bayar cash atas perbuatan kita di dunia ni.. Kemudian, kami dapat panggilan dari seorang teman yang masih lagi setia menunggu di HKL, katanya Lees telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Inalillahiwainalilahirojiun!
Beberapa hari berlalu....
Kami mendapat cerita tentang pemergiannya setelah seseorang hadir melawat arwah pada maghrib tempohari... Kata seorang kawan, mungkin dia menunggu kemaafan dari seseorang tersebut, barulah arwah rela untuk pergi... Kerana sebelum ni arwah dan sesorang tersebut adalah kawan baik semenjak dari tingkatan 1, kemudian berlaku perselisihan faham yang mengakibatkan pergaduhan besar dan mereka terus tidak sehaluan sehinggalah kali terakhir pertemuan mereka berdua di HKL tempohari yang memisahkan mereka untuk selamanya.
Mungkin kemaafan yang dia perlukan dari temannya tu barulah dia mampu menghembuskan nafas terkhir dengan tenang...juga setelah menerima kemaafan paling berharga dari seorang ibu..!!
Sekian..!
legnOte : Berikan kemaafan dengan penuh keikhlasan! Mungkin tu akan membantu insan yang memerlukan. Sentiasa lah beri kemaafan kepada sesiapa pun..! Last but not least, semoga kita semua dilindungi dari kejahatan dan terlindung dari berbuat dosa. Amin!
semoga kita terlindung drp dosa..
ReplyDeletesedihnya...zzz
ReplyDeleteslm ziarah dan jejak dr blog Ben..
ReplyDeletesinggah n follow dari segmen abg ben
ReplyDeletesalam perkenalan...
entri yang menarik!