aku & kelas menjahit manik???? aihhhhhhhh..

Macam tak fercaya....

Kalau mak aku tau mesti pensan ~ngee...

Sila percaya...

Hari ni rehat panjang. Daripada membuang masa layan CD blue ehh, korea (yang besok-besok pon boleh tengok...), aku merelakan diri untuk men'joint' Scha, Kema dan Mak Tiri menghadiri aktiviti Puspanita mereka. Aihhhhhhhh....! Aze dah pandai menjahit..!!



Sila lihat picture untuk kepastian...


Yey, itu adalah aku yang menjahitnya..!

Kelas bermula jam 1.30 petang ... Kelewatan berlaku kerana Cikgu yang mengajar jahitan manik itu mengalami masalah peribadi yang aku sendiri tak tau kenapa dia lambat... Mungkin saket perot, terlupa antar anak kat sekolah agama, atau mungkin dia melayan facebook sebelum kemari!

Ahh tu semua tak penting... Yang pastinya aku dan manik adalah seiring.. keh keh keh~

Macam-macam juga la pattern yang cikgu tu ajar.. Antaranya, yg macam gambar merah/kuning tu...yang paling simple, kemudian dia ajar yang kaler biru tu, a lil bit susah, sbb dia ada kene patah balik la bagai... Kemudian yang last tu, dia ajar kami camana nak buat bentuk bunga.. Nice kan...

Alahai, tiba-tiba macam feeling nak buka kedai menjahit manik.... huhu!

Lepas ni nak terai dekat baju aku lol.. Huhu....

Comments

Popular Posts