Award Dari Nuyui & Ciri Lelaki Pilihan
Entry hari ni aku mulakan dengan Anugerah yang aku dapat dari Nuyui a.k.a Nusha (mekasih..hihi...ni yang selalu nak pegi jalan-jalan belOg kamoo...)
Apa pun kena jawab soalan-soalan cepumas dia... Silakan Cik Muda...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Nuyui kerana sudi memberikan Award yang style ni. Semoga kalo ada Award yang kiut-kiut lagi bagi la ye. Hikkk~ Rasa macam dihargai pulak. Di samping tu aku cadangkan agar pertingkatkan lagi award, bagi yang betol-betol punye... Siap post ke rumah lagi. (mcm hadiah GA..huuu) Wahaaa..manyak siyok lol.... Pastu aku la orang fes kene bagi ea sebab aku yang syor kan..ye?? Hee..aku tarik balik cadangan itu tadi...~
Kalau kita nak cerita pasal ciri-ciri ni, aku rasa mesti semua orang nak yang beriman, baik hati, hormat orang tua, sayang pada kita.. Memang semua tu common type yang aku rasa bukan saja aku harapkan ada pada jejaka idaman aku tu (alahai jejaka laa...) malahan semua gadis-gadis, anak-anak dara (dara ke??), juga mak-mak dara diluar sana..kan! Apa yang aku pentingkan adalah bagaimana kesabaran dia berhadapan dengan karenah aku, sama seperti kesabaran mak ayah aku berhadapan karenah aku semenjak aku kecil sampai la... Sebab? Bermula dari aku menerima dia dan dia menerima aku, aku mengharapkan yang dia lah yang akan memikul tanggungjawab mak ayah aku selepas tu, from now on until the rest of my life.. Juga bagaimana kecekalan mak ayah aku mendidik, memahami aku sehingga dewasa ni, dan dia pula yang menyambung tanggungjawab tu sepenuhnya...sabar dengan sikap aku yang macam-macam,. Apa pun, paling penting dia seharusnya menerima, menjaga, dan menyayangi aku sama macam mak ayah aku menyayangi aku...boleh? Tu je, ayat panjang tapi point sikit je..hehe~ (kacak ke tak, itu urusan lain, sbb kekadang orang rasa dia huduh, tapi hati kite rasa dio la paling comel..cinta tu buta, iye tak?)
Hehehe..aku tak de la pengalaman macam tu, cumanya dari apa yang aku tau dan aku pegang, "KEJUJURAN+KESABARAN+KESETIAAN merupakan resipi KEBAHAGIAAN"
Hmm...aku baru terjumpa doa memohon perlindungan daripada kejahatan semua makhluk... boleh la kan?? Walawpon tak menjawap soalan..kan..huhu~ **nangess!
5] Letakkan 10 link pilihan anda dan tell them they have won this award
Saploh link?? Hoii..berploh aku nak bubuh.....KEMA, CIK JIEJ, CITAH, ASFIDAIMPIAN, NADIAFARAHIDA, ANITADAHAHS, DINDA DYA, blablabla, blablabla.....
Siapa yang sudi, amik la Award tu ye..Sekian~
CHOW CIN CAW!!
thnx ea dear~~
ReplyDelete